January 3rd, 2019

Bergelar selebriti popular, mempunyai perniagaan yang hebat dan memiliki wajah cantik dan jelita, membuatkan ramai tertanya-tanya mengapa sehingga hari ini Neelofa masih belum ingin bercinta.

Adakah kisah cinta lalu yang tidak kesampaian membuatkan beliau fobia?  Bukan pintu hatinya sudah tertutup tetapi beliau mengakui lebih selesa hidup solo dan tidak mahu pening kepala memikirkan soal cinta.

Anda rasa saya ada masa untuk pening kepala fikir soal cinta sekarang? Saya rasa, ini momen paling bahagia. Saya selesa solo dan tak payah sesak kepala untuk bercinta. Memang selalunya, sebelum ini hati ini ditemani seseorang tapi sampai satu ketika saya selesa sendiri. Bagus sangat rasa itu.

Kisah cinta Neelofa sebelum ini mendapat perhatian ramai, beliau pernah bercinta dengan Datuk Hans Isaac selama lebih dua tahun dan kemudiannya bercinta pula dengan pelakon Fattah Amin sehingga wujudnya fenomena Lofattah, ketika itu mereka antara pasangan paling sensasi. Namun, percintaan itu tidak tahan lama.

Sumber Berita : Utusan Online


75 responses to “Selesa Solo, Tak Payah Sesak Kepala Untuk Bercinta – Neelofa”

  1. anak makcik bawang says:

    part ni aku setuju dengan lopah. aku lambat kahwin and sangat enjoy dengan hidup aku. sangat-sangat. kau nak tergolek ke atas katil.. kau nak bergolek2 ke dapur ke. kau nak bangun pukul berapa pun.. no one care. kau nak travel ke mana2 pun bebas. nampak tiket murah – buy. nak shopping pun sama.
    bila aku kahwin – kau jangan mimpi lah nak ada semua tu. so korang hidup bujang adalah waktu paling best. tak caya kau kahwinlah.. baru kau tahu.

  2. Nia says:

    Lofa…u are international level…not tapak kaki level like some artis yg acah2 sweet tp nak muntah tgk…artis jimakakakakaka

Loading...