Penyanyi Tasha Manshahar yang bakatnya mula dikesan menerusi laman YouTube itu kini akui tempoh lima tahun sudah cukup untuknya menimba pengalaman dalam dunia seni.
Selepas empat tahun bergelar warga pendidik, Tasha kini khabranya merasakan bidang nyanyian bukan lagi fokus utamanya selepas menggalas tanggungjawab sebagai guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Melaka, selain statusnya sebagai isteri dan ibu.
“Faktor sekeliling dan mentaliti juga menyebabkan minat terhadap bidang nyanyian semakin berkurangan. Adalah lebih baik jika peluang ini diberikan kepada penyanyi lain. Ramai bakat baru yang boleh memberikan lebih perhatian daripada saya.”
Tasha yang popular menerusi lagu Selamat Ulang Tahun Cinta itu mendedahkan masih wujud segelintir pihak yang cuba memujuknya untuk menarik balik keputusan mahu bersara.
“Jika sudah memutuskan untuk bersara, saya tidak akan berganjak dengan keputusan.”
Meskipun tidak lagu mahu kembali menyanyi, namun Tasha bukanlah seorang yang ekstrim hingga tidak mahu langsung dikaitkan dengan bidang yang pernah mempopularkan namanya suatu ketika dulu.
Hal ini demikian kerana, beliau dikhabarkan mahu melakukan perkara yang bersesuaian dengan personaliti sebagai guru dan isteri iaitu bergelar pengacara.
Sekadar informasi, Tasha sebelum ini pernah menggegarkan industri muzik tempatan apabila kebanyakan lagu-lagunya sering diputar di radio malah video muzik singlenya juga difahamkan meraih jutaan tontonan di laman YouTube.
Sumber: BH Online