Selesa Hidup Solo, Johan As’ari Mahu Fokus Kerjaya

Hiburan

Selesa Hidup Solo, Johan As’ari Mahu Fokus Kerjaya

Satu ketika dahulu, apabila menyebut nama Johan As’ari, pasti akan ada nama seorang wanita yang turut sama terpalit. Senang cerita, pelakon ini dan wanita tidak boleh dipisahkan. Namun selepas gagal beberapa kali dalam percintaan, semenjak dua menjak ini Johan tidak lagi dikaitkan dengan mana-mana wanita. Tiada lagi kontroversi bercinta 2,3 bulan dan kemudian putus. Nama Johan kini lebih bersih dan bebas kisah-kisah cinta sendu.

johan as'ari

Advertisement

Walaupun begitu, baru-baru ini Johan As’ari telah berkongsi sekeping gambar kaki Nora Danish di Instagramnya membuatkan para peminat mempersoalkan tindakannya. Iyerlah, selama ini Johan sering memuatnaik gambar dengan hashtag seperti #niatbelajar #ikhlaskeranaAllah dan juga sering berkongsi kata-kata madah Islamik. Tup-tup pergi kongsi gambar yang tak kena dengan tindakan-tindakan sebelum ini. Hmmm. Mungkin Johan terlepas pandang kot?

johan as'ari

Apa pun, buat masa ini Johan As’ari lebih selesa untuk hidup solo daripada mempunyai seorang kekasih. Itu satu keputusan yang bijak pada pendapat Abang Nara. Selalu hidup Johan nampak tak keruan je bila ada awek. Perlahan-lahan cari awek yang boleh dijadikan isteri. Jangan kelam kabut sangat. Kata Johan menerusi Kosmo:-

Jujur, tiada apa mahu disorokkan. Sekarang saya masih sendiri, masih tiada bertemu pengganti. Bagi saya, belum masanya untuk saya bercinta. Sekarang saya selesa hidup secara solo.

Apa yang penting, saya mahu fokuskan kepada kerjaya. Saya betul-betul mahu mencari motif sebenar, mengapa saya menceburi bidang lakonan. Soal hati dan perasaan, saya mahu tolak ke tepi dulu. Kalau diikutkan, kawan perempuan memang ada, tetapi mereka semua hanya rakan sekerja, bukannya teman yang istimewa.

Kalau sudah kekasih nanti, saya tidak keberatan untuk berkongsi dengan semua orang. Sejak dahulu, saya letak target mahu tamatkan zaman bujang paling lewat pada usia 30 tahun. Tetapi, jika jodoh saya datang awal daripada sasaran itu, saya tidak menolak. Jika jodoh saya tiba ketika usia saya sudah melebihi 30 tahun, saya tidak akan merungut. Itu semua kerja Tuhan.

johan as'ari Insya Allah niat yang baik pasti akan dipermudahkan. Perlahan-lahan kayuh. Yang penting niat kena ikhlas. Pasti akan ditemui juga seorang wanita yang betul-betul serasi dengan diri kita kelak. Sama-samalah kita doakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...