Penyanyi Shila Amzah akui suaminya, Ubai banyak mengajar dirinya untuk berjimat dan sentiasa beringat agar menyimpan untuk hari tua akan datang.
Kongsi penyanyi berusia 34 tahun itu, meskipun Ubai lebih muda namun suaminya yang banyak mengajarnya erti sebenar kehidupan dan sering menegur Shila untuk tidak terbiasa dengan sikap boros berbelanja.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Shila juga berkata dia seronok menjadi ‘orang biasa’ dan tidak terikat dengan kehidupan mewah yang sinonim dengan selebriti.
Sangat menyeronokkan bila dapat jadi orang biasa ni sebab kebiasaanya kalau artis kena pakai barang mewah tapi bila dengan Ubai ni beri peluang hidupkan kembali kehidupan seperti orang biasa.
Shila juga akui dia menyedari bahawa kehidupan sederhana sangat menyeronokkan dan erti bahagia itu tidak semestinya kita harus dikelilingi wang ringgit dan hidup dalam kemewahan serta kemegahan.
Tak pernah naik motor jadi suami akan bawa, benda tu rasa macam seronok malah saya okay saja kalau hidup sederhana sebab tak semestinya bahagia itu perlu dilihat macam megah atau mewah.

