Selepas dihimpit pelbagai kontroversi, pelakon Fathia Latiff akhirnya membuat keputusan untuk membuka tudung dan tampil dengan imej berambut pendek. Fathia akui tidak menyesal dengan keputusan tersebut.
Pelbagai kritikan yang dilemparkan kepada Fathia sehingga ada pihak tidak bertanggungjawab menuduh Fathia gila.
Tidak melatah menjawab isu tersebut, Fathia mengakui dia cukup selesa dengan penampilan dan dirinya sekarang.
Bagi saya, apa yang orang nampak berbeza dengan apa yang saya rasakan. Jadi, apa yang saya rasa sekarang, saya sangat selesa dengan diri saya.
Saya selesa dengan rambut saya, dengan pemakaian saya. Saya rasa mereka yang ‘gila’ sekarang.
Fathia tidak ambil kisah dengan apa yang dikatakan orang terhadap dirinya dan hanya mahu pandang ke hadapan, mengejar cita-citanya.
Tak kisah orang cakap apa pasal saya, tak kisah bagaimana orang melihat saya, asalkan saya tahu apa yang saya mahukan, saya akan teruskan. Kena teruskan dengan kehidupan dan mengejar cita-cita.
Terdahulu, Fathia berkata, ketika berhijab kehidupannya penuh dengan dugaan serta cabaran. Harus berpura-pura dan tidak dapat menjadi diri sendiri sehingga segala tekanan itu membuatkan dirinya mengalami depresi.