Siapa tidak kenal dengan anak Rohana Jalil iaitu Kilafairy yang sangat sinonim dengan imej seksinya. Bahkan setiap kali memuat naik gambar di laman sosial mahupun menghadiri mana-mana majlis penting, sudah pasti penampilan wanita itu yang akan menjadi perhatian ramai.
Walaubagaimanapun dek ibu bapa yang tidak pernah lupa untuk mendoakan anak mereka, pelakon wanita itu mendedahkan bahawa dia kini sudah pun berhijab atas berkat bulan Syawal.
Kilafairy sendiri mengakui bahawa dia sudah memasang niat untuk berubah dan memperbaiki diri bermula tahun ini dan tidak sangka impian itu akhirnya menjadi kenyataan.
“Saya percaya niat yang baik akan dipermudahkan. Hati saya terbuka mahu mengenakan hijab. Saya membulatkan tekad tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa.”
Kalau anda perasan, Kilafairy sebenarnya sudah perlahan-lahan menukar imej menggiurkannya sejak daripada awal tahun ini lagi. Ternyata usahanya selama 6 bulan itu membawa kepada sinar hidup yang baru.
“Saya berhasrat mahu menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Sudah enam bulan saya menjaga penampilan diri, nyata saya selesa.”
Dengan penghijrahan ini. Khilafairy sedar bahawa ia melambangkan peningkatan usia dan seiring dengan dirinya yang semakin matang.
Alhamdulillah dan semoga terus istiqamah.