Seleranya Tengok Koleksi Setem #MakananKita Dari Pos Malaysia

Trending

Seleranya Tengok Koleksi Setem #MakananKita Dari Pos Malaysia

Tepuk dada, tanya selera. Nak ABC atau ais krim gula apong, nasi lemak atau roti canai, kuih cincin atau kuih ketayap? Biarpun selera kita berbeza, tapi kita semua setuju makanan kita tiada tolok bandingnya.

Kerana itulah untuk Hari Malaysia tahun ini, Pos Malaysia meraikan kepelbagaian citarasa yang menyatu padukan kita semua melalui setem #MakananKita

Para peminat koleksi setam pasti sangat gembira dengan koleksi setem yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) bersempena Hari Malaysia.

Pos Malaysia telah membuat pemilihan pelbagai makanan tempatan dengan cukup teliti dan berhati-hati untuk koleksi siri setem kali ini.

Advertisement

Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, Pos Malaysia ingin mengabadikan makanan-makanan tempatan yang ‘Stamp-Worthy’ di dalam koleksi khas ini.

Ini kerana rakyat Malaysia dan makanan memang tidak dapat dipisahkan.

Setem Makanan Kita yang dikeluarkan untuk koleksi kali ini memaparkan illustrasi makanan tempatan yang menjadi kegemaran semua orang di seluruh Malaysia seperti nasi lemak bungkus, roti canai, mi kolok, hinava, apam balik, kuih cincin, kuih ketayap, kek lapis, teh tarik, ais krim gula apong, puding kelapa dan bubur cha-cha, di dalam tiga lembaran setem dengan nilai muka 60 sen, 80 sen dan RM1.00.

 

Bukan itu sahaja, pemanis mulut kegemaran kita semua iaitu air batu campur (ABC) dipaparkan di atas lembaran mini unik yang akan dijual pada harga RM5.00 sekeping.

Produk Filateli yang lain seperti Sampul Hari Pertama (FDC) dan folder boleh didapati pada 50 sen dan RM6.00 setiap satu. Edisi khas set folder lengkap Makanan Kita boleh dibeli pada harga RM67.40.

setem folder MakanaKita
Set lengkap folder siri setem ini didatangkan bersama dengan lembaran setem, lembaran mini bentuk khas ABC serta sampul hari pertama turut boleh dibeli menerusi www.eziemall.com atau kunjungi pejabat pos yang terpilih di seluruh negara atau Galeri Setem di Tingkat Dua, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur.

Dapatkan setem keluaran khas ini di semua pejabat pos dan www.eziemall.com mulai hari ini.

Kepada anda yang masih mengumpul setem, dapatkanlah segera koleksi setem ini sebelum ia habis dijual.

Sumber: Bernama, Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...