Memang tidak dinafikan, ramai rakyat mula terasa akan kenaikan harga barang yang semakin melonjak terutamanya dari segi pembelian barangan mentah dan juga ketika membeli makanan di luar.
Namun, ada juga peniaga yang masih mengekalkan harga kerana tidak ingin pelanggan ‘lari’ sekaligus melingkupkan perniagaan yang diusahakan selama ini.
Walau bagaimanapun, satu video menjadi tular di media sosial mengenai luahan hati seorang peniaga ini yang bingung kerana dituduh menjual nasi lemak daging dengan harga yang terlalu mahal.
Berikutan kecewa dengan khabar angin yang bertebaran mengenai kedainya menjual makanan mahal, peniaga berkenaan tampil memberi penjelasan selain membuat perbandingan nasi lemak daging RM5 yang dijualnya dengan nasi lemak daging RM3 yang dijual oleh peniaga lain.
Yang daging banyak tu, atok jual RM5. Tengoklah banyak mana daging dia. Hampa jangan cakap mahal. Untuk orang yang suka bawa mulut tak elok tu. Cubalah tengok balik daging atok banyak mana.
Kata lelaki itu lagi, pelanggan sepatutnya melihat kadar hidangan yang dijual sebelum tampil membuat perbandingan harga.
Dalam pada itu, Atok berkenaan berkata dia boleh menjual nasi lemak dengan harga murah namun dia memilih untuk menjaga kualiti serta kepuasan pelanggan.
Atok boleh jual RM3, tapi hampa puas ke makan kuantiti lauk sedikit macam tu? Atok nak jual daging banyak supaya hampa boleh kenyang sampai tengah hari.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasakan tindakan lelaki itu menjual nasi lemak daging dengan kadar berkenaan adalah berpatutan setanding dengan hidangan yang ditawarkan kepada pelanggan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.