Selepas Viral Aksi Penari ‘Bergelek’ Serupa AC Mizal, Penganjur Pula Didakwa Buat Majlis Maksiat

Hiburan

Selepas Viral Aksi Penari ‘Bergelek’ Serupa AC Mizal, Penganjur Pula Didakwa Buat Majlis Maksiat

Selepas tular muka penari lelaki yang melakukan tarian lentik serupa dengan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal, kali ini penganjur pula yang terkena tempias kurang molek dari netizen.

Terdapat beberapa netizen mendakwa tindakan penari bergelek-gelek di majlis terbabit dilihat kurang sensitif dan tidak sesuai dengan norma Malaysia yang penuh dengan tatasusila.

Advertisement

Bagi menjawab kecaman tersebut, pengasas produk kecantikan Bleu, Ikmal Lee berkata tarian yang tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu itu bertujuan untuk hiburan semata-mata.

Saya pun pelik disebabkan rakaman pendek persembahan itu orang terus tuduh macam-macam. Sampai ada yang kata anjur majlis maksiat ketika negara berdepan pelbagai ujian.

Advertisement

Pada mulanya, usahawan itu juga terhibur dengan video rakaman pendek yang diviralkan oleh pengguna di TikTok tersebut tetapi apa yang membuatkan penganjur berasa kurang selesa apabila lama-kelamaan, ramai pula yang mengecam serta melemparkan pelbagai tuduhan kepadanya.

Dalam pada itu, dia turut merasakan tarian yang ditarikan oleh penari-penari itu tidak keterlaluan dan beliau meminta orang ramai untuk berhenti mengecam dirinya hanya disebabkan tonton video rakaman pendek itu.

pemandu lori raih gaji besar
2 minggu lalu

"Saing-Saing Doktor!" - Pemandu Lori Dedah Gaji Boleh Cecah RM8000 Sebulan, Netizen Tergamam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...