Selepas tular muka penari lelaki yang melakukan tarian lentik serupa dengan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal, kali ini penganjur pula yang terkena tempias kurang molek dari netizen.
Terdapat beberapa netizen mendakwa tindakan penari bergelek-gelek di majlis terbabit dilihat kurang sensitif dan tidak sesuai dengan norma Malaysia yang penuh dengan tatasusila.
Bagi menjawab kecaman tersebut, pengasas produk kecantikan Bleu, Ikmal Lee berkata tarian yang tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu itu bertujuan untuk hiburan semata-mata.
Saya pun pelik disebabkan rakaman pendek persembahan itu orang terus tuduh macam-macam. Sampai ada yang kata anjur majlis maksiat ketika negara berdepan pelbagai ujian.
Pada mulanya, usahawan itu juga terhibur dengan video rakaman pendek yang diviralkan oleh pengguna di TikTok tersebut tetapi apa yang membuatkan penganjur berasa kurang selesa apabila lama-kelamaan, ramai pula yang mengecam serta melemparkan pelbagai tuduhan kepadanya.
Dalam pada itu, dia turut merasakan tarian yang ditarikan oleh penari-penari itu tidak keterlaluan dan beliau meminta orang ramai untuk berhenti mengecam dirinya hanya disebabkan tonton video rakaman pendek itu.