March 31st, 2020

Minggu lalu, timbul isu panas apabila terdapat beberapa orang artis yang turut meminta agar mereka tidak dipinggirkan dan diberikan bantuan khusus oleh pihak kerajaan bagi menempuh tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikatakan telah menjejaskan “periuk nasi” mereka. Namun, rata-rata netizen berasa tidak puas hati kerana ada segelintir artis dikatakan hidup mewah dan sering menayang kekayaan mereka di media sosial.

black tomok minta maaf

Enggan memburukkan lagi keadaan, Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu tampil memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kenyataan mereka itu.

“Niat nak bantu golongan artis” – Black

View this post on Instagram

SAYA MINTA MAAF … #nyawablack #blackpirlo #nivalel #nimemangviral #padupadu #hitampumsedap #pumamy #pumamalaysia #pumafriendsmy #stayathome #dudukrumah #covid19

A post shared by Black Hanifah (@black.hanifah) on

Black  menjelaskan niat dia mengeluarkan kenyataan tersebut sebelum ini adalah hanya mahu membantu golongan artis yang memerlukan bantuan, tetapi mungkin caranya itu agak tidak betul sehingga berlaku salah faham dan dia dikecam teruk.

“Saya manusia biasa, tidak lari daripada melakukan kesilapan” – Tomok 

Tomok berkata, sebagai manusia biasa dia juga tidak lari dari melakukan kesilapan dan meminta maaf sekiranya kenyataannya sebelum ini mengguris hati mana-mana pihak.

“Saya terima apa juga kata-kata anda” – Shuib Sepahtu

View this post on Instagram

Assalammualaikum semua…Saya mengambil apa yang berlaku berhubung kenyataan saya tempoh hari sebagai kesilapan sendiri. Saya MOHON AMPUN DAN MAAF dan saya harap isu ini selesai …. . Saya terima apa juga kata-kata anda. Satu yang pasti, saya selalu kenang jasa anda semua yang menyokong saya. . Sama-sama kita berdoa agar negara kita lekas bebas dari covid19 dan semoga kita sentiasa dilindungi,diberkati dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Sama sama kita bantu mana yg memerlukan dan semoga kita terus tabah dlm ujian ini… Mohon maaf skali lagi 🙏 #pershuibofhappyness

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Shuib mengakui salah faham yang berlaku adalah kesilapannya sendiri dan menerima setiap kritikan dan kecaman yang dilemparkan kepada dirinya. Dia berharap dengan permohonan maaf yang dibuatnya dapat menyelesaikan isu panas tersebut.

Terdahulu, Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu dikecam teruk gara-gara meminta kerajaan memberi bantuan khusus kerana para artis yang sebelum ini sudah banyak membantu negara. Rata-rata netizen berpendapat adalah lebih baik untuk memberikan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan berbanding artis yang mempunyai kehidupan mewah dan berduit.


3 responses to “Selepas Teruk Dikecam, Black, Tomok Dan Shuib Tampil Mohon Maaf”

  1. Anonymous says:

    Lancau la artis malaysia.. Megah Holdings tak bantu ke.. Dlm fb, ig smua kaya sampai ke langit. ?

  2. Anonymous says:

    dah kena hentam baru nak ngaku…..baru nak…pasni nak kena blacklist dr peminat jgn nangis pulak ye

  3. pkp says:

    korang dulu pon nobody…skg dah kaya..so korang tentu boleh tolong rakan2 artis yg susah…duit korang yg byk tu korang peram je..pastu korang2 pompang2 konon nak tolong artis yg susah…kenapa tak sedekah dgn duit korang yg byk tu dpt jugak pahala..ni buat bising soh kerajaan yg tolong…tak perihatin ke ape yg kerajaan tengah lalui..byk kena keluarkan duit utk perubatan…ringan kan la beban kerajaan…artis luar negara pon dema duit sendiri utk masalah covid ni..korang setakat bising je konon kesian tapi tolongnya tidak….kimakkk betol la korang ni

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...