Minggu lalu, timbul isu panas apabila terdapat beberapa orang artis yang turut meminta agar mereka tidak dipinggirkan dan diberikan bantuan khusus oleh pihak kerajaan bagi menempuh tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikatakan telah menjejaskan “periuk nasi” mereka. Namun, rata-rata netizen berasa tidak puas hati kerana ada segelintir artis dikatakan hidup mewah dan sering menayang kekayaan mereka di media sosial.
Enggan memburukkan lagi keadaan, Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu tampil memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kenyataan mereka itu.
“Niat nak bantu golongan artis” – Black
https://www.instagram.com/p/B-XIviGFCgz/
Black menjelaskan niat dia mengeluarkan kenyataan tersebut sebelum ini adalah hanya mahu membantu golongan artis yang memerlukan bantuan, tetapi mungkin caranya itu agak tidak betul sehingga berlaku salah faham dan dia dikecam teruk.
“Saya manusia biasa, tidak lari daripada melakukan kesilapan” – Tomok
Tomok berkata, sebagai manusia biasa dia juga tidak lari dari melakukan kesilapan dan meminta maaf sekiranya kenyataannya sebelum ini mengguris hati mana-mana pihak.
“Saya terima apa juga kata-kata anda” – Shuib Sepahtu
Shuib mengakui salah faham yang berlaku adalah kesilapannya sendiri dan menerima setiap kritikan dan kecaman yang dilemparkan kepada dirinya. Dia berharap dengan permohonan maaf yang dibuatnya dapat menyelesaikan isu panas tersebut.
Terdahulu, Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu dikecam teruk gara-gara meminta kerajaan memberi bantuan khusus kerana para artis yang sebelum ini sudah banyak membantu negara. Rata-rata netizen berpendapat adalah lebih baik untuk memberikan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan berbanding artis yang mempunyai kehidupan mewah dan berduit.