Selepas “Tekan Dada & Pengsan”, Muncul Pula Trend Makan Kapsul Pencuci Fabrik

Trending

Selepas “Tekan Dada & Pengsan”, Muncul Pula Trend Makan Kapsul Pencuci Fabrik

Sebelum ini tular mengenai cerita tentang satu permainan yang berbahaya dikenali sebagai #PassOutChallenge, permainan itu memerlukan pemain menekan dada dan akan menyebabkan pemain’mati selama lima saat’. Kini muncul pulak satu permaianan baru yang dimana pemain akan memakan kapsul sabun pencuci fabrik atau lebih dikenali sebagai ‘Tide Pod Challenge’ menjadi trending di lama sosial terutamanya di Amerika Syarikat.

Advertisement

Baca lain: Main Permainan “Tekan Dada & Pengsan”, Kanak-Kanak 11 Tahun Maut

Ia memerlukan pemain memakan kapsul berwarna-warni yang menyerupai gula-gula. Bahkan ada juga yang mengambil kapsul tersebut dan mencampurkan dalam makanan.

Pengarah Pusat Informasi Racun Florida, Dr. Alfred Aleguas Jr mengatakan, menelan sabun fabrik adalah satu aktiviti merbahaya.

“Walaupun menelan sedikit cecair sabun fabrik, ia akan menyebabkan cirit-birit dan muntah-muntah. Dalam kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas.”

Dalam pada itu, pembekal sabun fabrik Tide dalam satu kenyataan turut menyatakan bahawa cecair sabun mereka telah dikhaskan untuk mencuci pakaian dan tidak boleh dijadikan sebagai alat permainan.

Portal Mirror.co.uk, mengakui seorang remaja yang enggan namanya didedahkan menceritakan tentang cabaran yang diketahuinya melalui khidmat pesanan ringkas Whatsapp sebelum merekodkan kejadian tersebut di Twitter.

“Saya tidak takut sebab saya tahu saya tidak akan menelannya. Hanya gigit sahaja dan saya boleh mencuci mulut saya selepas itu.”

Diharapkan ibu bapa atau penjaga mengambil perhatian akan isu ini. Moga anda dapat mengawal aktiviti anak anak anda dan mengelak dari kejadian yang berbahaya berlaku.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...