Selepas Suami Dan Bapa Mertua, Pelakon Aishwarya Rai Dan Anaknya Pula Disahkan Positif COVID-19

COVID-19

Selepas Suami Dan Bapa Mertua, Pelakon Aishwarya Rai Dan Anaknya Pula Disahkan Positif COVID-19

Pelakon terkenal Bollywood, Aishwarya Rai kini disahkan positif COVID-19 sehari selepas suaminya, Abhishek Bachchan dan bapa mertuanya, Amitabh Bachchan disahkan positif virus sama. Pegawai perbandaran Mumbai memaklumkan, anak perempuannya yang berusia lapan tahun turut disahkan positif.

Industri filem India semalam dikejutkan dengan berita beberapa bintang terbesar Bollywood dimasukkan ke hospital setelah didapati mendapat jangkitan virus tersebut. Bintang Bollywood Amitabh Bachchan dilaporkan berada dalam keadaan stabil di unit pengasingan di Hospital Nanavati.

Advertisement

Berita Amitabh Bachchan disahkan positif COVID-19 turut menimbulkan kerisauan ramai memandangkan pelakon berusia 77 tahun itu berada dalam golongan berisiko kerana umurnya. Tiga generasi bagi keluarga Bachan kini masing-masing sedang mendapatkan rawatan bagi pemulihan.

pelakon bollywood

Pihak berkuasa telah membersihkan kediaman mewah Amitabh Bachchan di Mumbai dan menyemburkan pembasmi kuman di dalam perkarangan dan pada kereta yang diparkir di luar. Dia telah menjadi tokoh terkemuka dalam memerangi COVID-19 sebelum ini apabila sering kali muncul dalam iklan pesanan khidmat masyarakat di mana dia menasihatkan orang ramai untuk memakai topeng muka, sering mencuci tangan dan menjaga jarak sosial.

Untuk makluman, India kini sedang memerangi gelombang kes COVID-19 yang dahsyat menurut pihak berkuasa. Negara itu mengumumkan 28,637 kes harian terbaru pada pagi semalam, hari keempat berturut-turut di mana negara ini mencatat rekod harian baru tinggi.

India kini telah mencatatkan sekurang-kurangnya 879,466 kes COVID-19 dan berada di kedudukan ketiga negara paling teruk terjejas di dunia. Peningkatan kes itu menyebabkan bandar Bengaluru dikurung selama seminggu bermula esok kerana mencatatkan peningkatan kes tinggi di kawasan itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...