Tanpa sebarang angin atau ribut, Shawn Mendes menggemparkan ramai apabila dia dilihat menghadiri solat Jumaat di New York University. Tidak lama selepas itu, Rex Orange County dan Daniel Caesar juga dilihat berada di tempat yang sama untuk solat Jumaat.
Gambar mereka yang tular dan dikongsi meluas oleh warga maya mencetuskan persoalan sama ada mereka dalam usaha untuk memeluk agama Islam.
Sekadar pengetahuan, Rex Orange County, nama sebenar Alexander James O’Connor, adalah seorang pemuzik dari England yang telah mengeluarkan lima album studio, 20 single, dan 4 muzik video.
Antara lagu-lagu popularnya adalah “Sunflower,” “Corduroy Dreams,” dan “Best Friend.”
Daniel Caesar, atau nama sebenar Ashton Dumar Norwill Simmonds, pula merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu dari Kanada. Beberapa lagu hitnya termasuk “Best Part,” “Get You,” dan “Peaches.”
Walaupun gambar mereka yang tular itu menimbulkan banyak persoalan mengenai agama mereka, kedua-duanya belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.