Selepas Selesai PRN Sabah, Seorang Wartawan Disahkan Positif COVID-19

Trending

Selepas Selesai PRN Sabah, Seorang Wartawan Disahkan Positif COVID-19

Selepas pulang membuat liputan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tempoh hari, seorang wartawan sebuah akhbar tempatan, Azrul Affandi Sobry kini disahkan positif COVID-19.

Menurut Azrul, sebelum dibawa ke wad Isolasi di Sungai Buloh pada pukul 11.30 malam tadi, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Langat tampil memaklumkan mengenai keputusan ujian saringan COVID-19 pada pukul 7 malam Ahad.

Advertisement

Kes Makin Meningkat, Pakar Epidemiologi Setuju Kuarantin Di Rumah Bukan Langkah Terbaik

Dedahnya lagi, selepas sehari pulang dari Sabah iaitu pada 30 September lalu, beliau difahamkan mengalami simptom termasuk batuk dan sakit sendi.

“Saya menjalani kuarantin di rumah seorang diri. Pagi tadi, doktor membuat ujian tekanan darah, dan tekanan darah saya agak tinggi iaitu sekitar 150.Selepas itu, saya akan diminta membuat (imbasan) X-ray, dan akan ditentukan sama ada perlu dipindahkan ke wad (atau sebaliknya),” katanya.

Mengulas lanjut, Azrul yang terkenal dengan jolokan ‘Cikgu COVID’ menyifatkan dirinya masih tidak percaya dijangkiti wabak berkenaan.

“Hari-hari saya buat ‘live’ bercerita fasal COVID-19, data, statistik dan sebagainya. Saya buat ‘live’ tanpa henti selama lebih kurang tiga bulan. Jadi, ramai pengikut (Facebook) kenal saya sebagai ‘Cikgu COVID’. Itu yang saya tak percaya tiba-tiba orang yang mengajar fasal COVID-19, akhirnya kita yang kena,” Ujarnya.

Namun begitu, Azrul memaklumkan empat lagi rakan sekerjanya disahkan negatif COVID-19 selepas membuat ujian saringan.

Kuarantin Di Rumah Bukan Langkah Terbaik

Dalam pada itu, Media Prima Berhad dalam satu kenyataan mengesahkan seorang kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) dijangkiti COVID-19, dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Tidak ketinggalan, pihaknya juga dikatakan sedang bekerjasama rapat dengan KKM, dan telah mengambil langkah-langah pencegahan bagi meminimakan potensi jangkitan kepada kakitangan lain.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...