Selepas Saiful Nang, Wanita Ini Pula Luah Tidak Puas Hati Terhadap Pengurusan Mood Republik

Trending

Selepas Saiful Nang, Wanita Ini Pula Luah Tidak Puas Hati Terhadap Pengurusan Mood Republik

Bagi mereka yang merupakan ‘kaki shopping online’, nama festival Mood Republik pastinya bukan lagi satu nama yang asing.

Malah setiap tahun, mesti mereka sentiasa tertunggu-tunggu ketibaan festival shopping terbesar di Malaysia ini yang mengumpulkan ribuan vendor di seluruh Malaysia.

Advertisement

Namun begitu, ada cerita kurang enak didengari mengenai Mood Republik ini yang semestinya membuatkan para vendor dan kaki shopping begitu bengang dengan pihak pengurusan MR ini.

Kenapa ya?

Seingat kami, saudara Saiful Nang pernah berbicara lantang mengenai penganjuran MR dan konsepnya yang dikatakan seolah-olah memperlakukan para pengunjung seperti pengemis dengan menaburkan duit kepada mereka.

Dan kali ini, seorang vendor dari festival MR pula tampil memberi luahan mengenai ketidakpuasan hati beliau terhadap pihak pengurusan MR yang dikatakan ‘pilih kasih’ serta tidak telus.

Ini yang dikatakan oleh saudari Husna Hanafi ,founder Amoura Cosmetics.

Pos ini ditujukan untuk Mood Republik CEO, COO & Staff. Status ni panjang dan kontroversi sikit, penutup 2017 katanya.

Sebenarnya dah lama saya nak post benda ni tapi tahan je.

Tetapi benda yang buat saya sakit hati ni elok lah luahkan sebab 2018 nak bawa benda-benda positif sahaja yang negatif ni nak tinggal belakang.

26 August 2017 saya PM staff MR untuk book booth YES event di PWTC 2017.

Staff itu ok je update saya harga booth RM6886 termasuk gst. Saya pun setuju dan tahu booth MR memang mahal tapi yakin sebab pengunjung ramai.

Jadi saya bayar la deposit RM2000 untuk secure booth kami.

Lepas tu, 10 November 2017 saya buat pulak bayaran untuk Mood Republik Tour Johor. Rm2000 lagi deposit saya untuk secure booth tu.

Tiba-tiba pada 18 November 2017 kami kena datang urgent meeting di Setia Alam, masa ini lah kami dapat tau yang MR di Johor cancel, 6 HARI SEBELUM EVENT!

Bayangkan lah vendor-vendor yang dah sediakan stok untuk ke Johor, termasuk lah kami. Tapi kami redha, sebab CEO bagi pampasan booth Raya 2018 FREE sebab cancel event Johor.

Jadi kami pun move on, tunggu dengan sabar untuk YES PWTC yang baru je habis minggu lepas.

Berkobar-kobar semangat sebab tahun lepas memang ramai betul orang. Yakin boleh habiskan stok yang kami ambil untuk Event Johor yang tak jadi tu kat event YES PWTC ni.

Hari-hari team MR mesej saya minta baki bayaran untuk booth, saya pun selesaikanlah cepat RM4886.82 tu. Bayaran keseluruhan termasuk deposit saya RM2000 yang lepas adalah RM6886.82. Untuk booth 3121.

Hari pertama buka booth bersamaan hari Jumaat, 22 Dec 2017.

Pengunjung sendu, pintu masuk pukul 11 pagi baru buka sebab team MR nak tunggu ramai orang baru depa nak buka. Itu tak mengapa bagi i, tak kisah pun sebab tengah semangat kan.

Tapi sayang, sampai malam pengunjung sendu sangat-sangat Jumaat tu. Pukul 10 malam kat lobby dah kosong. Memang beza sangat dari tahun lepas.

Tu saya boleh sabar lagi, adat niaga lah ada masa laju ada masa perlahan.

Tapi yang buat saya panas hati ialah, staff MR tak habis-habis kacau booth kami. Salah satu syarat bodoh dia adalah satu booth hanya boleh ada 1 BUNTING SAHAJA.

Ape ke bongok syarat MR NI?!

Pastu i jalan-jalan lah tengok sekitar hall 3 tu, lalu tepi booth Nursajat. Sajat ada 4 BUNTING OK?!

Apehal Sajat boleh, kami yang berniaga betul-betul & BAYAR BOOTH ni korang kecoh?! Dah la pengunjung takda, banyak pulak syarat-syarat kau.

Ok waktu ni hati dah panas dah, mana taknya, 3, 4 kali datang kacau kami. Bunting tu dalam booth kami je tau. BUKAN BLOCK JALAN ORG!

Lepas tu, kakak depan booth kami datang. Tanya nape dik marah-marah ni. Saya cakap la kak saya bengang, bayar booth kecik sampai RM7000 nak letak bunting 3 pun diorang bising.

Sekali kakak tu cakap, eh nape booth adik mahal sangat? Booth akak RM4999 je satu, akak amik 2 booth jadi akak bayar rm10000 la total.

Pergh, masa ni hati aku memang dah nak meletup dah.

Whatsapp staff dia yang deal dengan i tanya kenapa saya bayar extra, orang lain booth sama dengan saya bayar murah. Almost extra RM2000 saya bayar ok!

Staff tu langsung tak reply, sampai ke hari ini nothing.

Rupa-rupanya dari apa yang saya siasat, booth MR ni dah tak laku. Sebab tu team dia sendiri buang harga kaw kaw. Tak kisah lah nak buang harga pun, kenapa saya kena bayar FULL PRICE?!

I perlukan penjelasan, kita niaga macam nak mampus bayar booth mahal-mahal dapat layanan macam ni. Artis semua booth FREE, dapat layanan VIP.

Kami yang kat HALL 3 ini semua bertungkus lumus nak buat jualan. Nasib baik la ramai dah kenal Amoura Cosmetics dapat jugak buat jualan banyak.

Saya memang tak puas hati. Team MR langsung tak balas saya. Saya nak pesan sikit pada yang baru nak mula niaga, tak payah lah join MR kalau sale online dah gempak.

Baik u guys laburkan ke tempat lain yang berbaloi sikit dari letak kat MOOD REPUBLIK yang tak hargai vendor yang sah sah contribute kepada income diorang.

Raya 2018 adalah kali terakhir Amoura Cosmetics join event MR. Tu pun sebab dapat booth free kalau tak, memang tak nak pun masuk.

Apa sekalipun, kami harap selepas ini pihak pengurusan MR kembali menjalankan perniagaan secara telus dan elakkan budaya ‘pilih bulu’.

Kita nak berniaga untuk jangka masa yang panjang, jadi sebaiknya berlakulah adil dengan sesiapa sahaja.

Baca posting asal beliau di sini: Husna Hanafi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...