Selepas Rendang Crispy, Nasi Ayam Hainan Pula Jadi ‘Mangsa’

Trending

Selepas Rendang Crispy, Nasi Ayam Hainan Pula Jadi ‘Mangsa’

Jika sebelum ini, seluruh rakyat Asia bersatu mengkritik pendapat dan citarasa Chef Selebriti John Torode tentang rendang ayam crispy, satu lagi kontroversi timbul, kali ini melibatkan isterinya, Lisa Faulkner yang juga merupakan chef selebriti dan pelakon.

Advertisement

Kontroversi yang mencetuskan kemarahan seluruh orang Asia ini terjadi apabila Lisa berkongsi resepi nasi ayam hainan disebuah majalah tempatan dan resepi itu telah dikongsikan di laman sosial The Guardian Labs.

Ini nasi ayam hainan yang betul ya! Sumber: Encik Shino

Apa yang menjadi isu ialah resepi nasi ayam hainan yang sepatutnya dimasak dengan bahan-bahan asas seperti bawang, halia dan dihidangkan bersama ayam kukus berserta sup telah bertukar menjadi sesuatu yang sangat ‘unik’ sehingga dikiritik oleh netizen.

Kelainan resepi Lisa yang menggunakan cili, lemon dan madu untuk nasi ayam hainannya itu mendapat pelbagai komen kritikan daripada netizen yang rata-ratanya ialah orang Asia.

Tidak ketinggalan, Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin juga turut memuat naik IG story tentang resepi nasi ayam Lisa malah dia turut berkongsi semula videonya memasak nasi ayam Hainan yang ‘sebenar’.

Patutlah ramai yang kecewa dengan resepi tradisional Asia yang difusion oleh orang barat tetapi tak kena gayanya. Betullah orang kata, kita boleh bersatu disebabkan makanan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...