“Selepas Peristiwa Itu, Dia Sentiasa Solat Awal Waktu, Tak Henti Mohon Keampunan Allah ‘” – Adik Da’i Syed

Kehidupan

“Selepas Peristiwa Itu, Dia Sentiasa Solat Awal Waktu, Tak Henti Mohon Keampunan Allah ‘” – Adik Da’i Syed

Adik kepada pendakwah selebriti Da’i Syed, Syed Iqbal baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi tentang perubahan ketara karakter abangnya susulan peristiwa yang berlaku pada Ogos 2024.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Iqbal Jamalulleil atau lebih mesra disapa Syed Iqbal, meluahkan pemerhatiannya terhadap perubahan sikap abangnya dalam memikul tanggungjawab sebagai anak, abang, bapa dan suami.

Advertisement

Menurut Iqbal, karakter Da’i Syed dilihat jauh berbeza berbanding sebelum ini, dengan perubahan yang disifatkan sebagai lebih positif dari segi akhlak dan amalan seharian.

“Karakter dia sangat berlainan. Seorang anak, abang, bapa & suami yang sangat baik.”

“Solat di awal waktu, lama solatnya, suka bersedekah, melayani orang dengan baik, tak suka bercakap keburukan orang lain, sangat merendah diri, suka gembirakan orang.”

“Mengingatkan orang tentang Allah dan suka jamu orang makan. Tidak henti buat amalan setiap hari dan tak habis-habis minta keampunan daripada Allah S.W.T.”

Dalam pada itu, Iqbal menegaskan perkongsian tersebut bukanlah bertujuan untuk mempertahankan abangnya atau meraih simpati awam dengan menggunakan sentimen agama.

Tular Fail Penuh Sabitan Kes Rog*l Da’i Syed, Netizen Tak Sangka – “Sangat Kejam!”

 

Tambahnya lagi, meskipun berdepan ujian berat, Da’i Syed dilihat reda dengan ketentuan yang berlaku dan sering menyebut tentang hikmah di sebalik setiap ujian yang diberikan Allah SWT. Malah, menurut Iqbal, abangnya turut berusaha menenangkan ibu mereka agar tidak terlalu risau.

“Walaupun nasib tak berpihak kepada dia hari ini, tak lekang di bibirnya menyebut hikmah Allah.”

“Dia pesan kat mama, ‘Mama anggap saja iqmal masuk pondok ya.’ Kemudian dia minta tasbih untuk berzikr dan dia keluar.”

Perkongsian tersebut hadir selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan terhadap Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ff
2026-01-24 11:47:11

Tular Fail Penuh Sabitan Kes Rog*l Da'i Syed, Netizen Tak Sangka - "Sangat Kejam!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...