Selepas Pemuda India Cuci Masjid Akibat Banjir, Kini Pelajar UIA Pula Bantu Bersihkan Kuil

Berita

Selepas Pemuda India Cuci Masjid Akibat Banjir, Kini Pelajar UIA Pula Bantu Bersihkan Kuil

Sebelum ini, telah tular satu video yang memaparkan sekumpulan sukarelawan pemuda berbangsa India membantu membersihkan masjid yang terjejas akibat banjir di daerah Klang, Selangor sehingga meraih pujian ramai.

2 years ago

(VIDEO) Netizen Terharu Tengok Sekumpulan Pemuda India Bersihkan Masjid Lepas Banjir Surut

Advertisement

Terbaharu, sebuah lagi video telah menarik perhatian netizen apabila sekumpulan sukarelawan terdiri daripada pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) membersihkan sebuah kuil Hindu di Taman Klang Utama.

Bersama skuad sukarelawan Bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelajar UIA membersihkan Kuil Sri Maha Mariamman di Taman Klang Utama yang terjejas akibat banjir.

Banjir Di Kuil

Penyelaras Parti Bangsa Malaysia (PBM) bagi Parlimen Klang, Nallan Dhanabalan telah memuat naik video tersebut di laman Facebook miliknya dengan menyifatkan masyarakat sedia berkhidmat tanpa mengira bangsa dan agama.

Tidak mengira bangsa & agama, khidmat buat masyarakat tetap diteruskan. Kita satu bangsa. Bangsa Malaysia.

@nallan.dh

Semangat rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama. Bersama sama berganding bahu membersihkan kawasan kuil ??. Ini baru Malaysia ??#klangbanjir #foryourpage #bangsamalaysia #tiktokmalaysia #klangberduka

? Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Video berdurasi 34 saat itu turut tular di aplikasi TikTok sehingga meraih sebanyak 483,000 tontonan selain lebih 5,000 komen netizen yang terharu melihat tindakan sukarelawan berbilang kaum saling menyumbang tenaga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...