Sebelum ini, telah tular satu video yang memaparkan sekumpulan sukarelawan pemuda berbangsa India membantu membersihkan masjid yang terjejas akibat banjir di daerah Klang, Selangor sehingga meraih pujian ramai.
Terbaharu, sebuah lagi video telah menarik perhatian netizen apabila sekumpulan sukarelawan terdiri daripada pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) membersihkan sebuah kuil Hindu di Taman Klang Utama.
Bersama skuad sukarelawan Bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelajar UIA membersihkan Kuil Sri Maha Mariamman di Taman Klang Utama yang terjejas akibat banjir.
Penyelaras Parti Bangsa Malaysia (PBM) bagi Parlimen Klang, Nallan Dhanabalan telah memuat naik video tersebut di laman Facebook miliknya dengan menyifatkan masyarakat sedia berkhidmat tanpa mengira bangsa dan agama.
Tidak mengira bangsa & agama, khidmat buat masyarakat tetap diteruskan. Kita satu bangsa. Bangsa Malaysia.
@nallan.dh Semangat rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama. Bersama sama berganding bahu membersihkan kawasan kuil ??. Ini baru Malaysia ??#klangbanjir #foryourpage #bangsamalaysia #tiktokmalaysia #klangberduka
Video berdurasi 34 saat itu turut tular di aplikasi TikTok sehingga meraih sebanyak 483,000 tontonan selain lebih 5,000 komen netizen yang terharu melihat tindakan sukarelawan berbilang kaum saling menyumbang tenaga.