Selepas Pasar Raya Dipecah Masuk, Ustaz Ebit Lew Mahu Buka Lagi 30 Cawangan

Hiburan

Selepas Pasar Raya Dipecah Masuk, Ustaz Ebit Lew Mahu Buka Lagi 30 Cawangan

Biarpun diuji dengan pelbagai ujian, namun penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew khabarnya dilihat tetap kuat semangat dan meneruskan perjuangannya meskipun baru-baru ini gempar apabila salah sebuah cawangan pasar raya miliknya dipecah masuk oleh individu tidak bertanggungjawab.

Selepas Pasar Raya Dipecah Masuk, Ebit Lew Mahu Buka Lagi 30 Cawangan

Advertisement

Terbaru, Ebit memaklumkan dia bakal membuka 30 lagi cawangan Elews Mart yang dimilikinya itu sebelum menjelang hujung tahun ini.

Selepas Pasar Raya Dipecah Masuk, Ebit Lew Mahu Buka Lagi 30 Cawangan

Dalam pada itu, seperti biasa, Ebit difahamkan tetap menyeru orang ramai untuk mendoakan agar perancangannya itu dipermudahkan oleh Allah SWT.

“Doakan ya nak buka lagi 30 cawangan Elewsmart sebelum hujung tahun, semoga menjadi asbab kebaikan.”

Melihat pada ruangan balas, rata-rata pengikutnya di laman berkenaan seakan teruja dengan berita itu. Malah tidak ketinggalan, ramai juga yang mendoakan agar urusan perniagaan Ebit memperoleh kebaikan dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Selepas Pasar Raya Dipecah Masuk, Ebit Lew Mahu Buka Lagi 30 Cawangan

Tweet yang mendapat puluhan tanda suka itu dikatakan tidak putus-putus mendapat respon positif daripada peminatnya. Malah masih ramai yang tetap memanjatkan doa agar individu yang bertindak memecah masuk pasar raya milik pendakwah  itu dahulu segera diberikan hidayah.

Selepas Pasar Raya Dipecah Masuk, Ebit Lew Mahu Buka Lagi 30 Cawangan

Sekadar informasi, Ebit mula berkongsi berita mengenai pembukaan pasar rayanya pada sekitar awal Jun lalu. Sehingga kini, sambutannya amat memberangsangkan kerana barangan di premis tersebut dikhabarkan lebih murah berbanding tempat lain.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...