Selepas pelakon Noorkhiriah, kini, penyanyi Nourul Depp pula berdepan situasi sama apabila dirinya dipercayai menerima mesej berbaur ugutan di mana ada pihak mendakwa mahu menghantar santau kepadanya tanpa sebarang sebab.
Beliau yang seakan tertanya-tanya apakah motif sebenar individu terbabit berkelakuan anih sedemikian, tampil mendedahkan perkara ngeri itu di laman Instagram miliknya.
“Apa dosa saya pada dia dan kenapa dia bercakap macam ini. Kita doakan dia semoga diberi petunjuk. Awat sampai bersumpah guna nama Allah? Nak santau tapu bersumpah atas nama Allah?! Astaghfirullah, saya tahu benda ini wujud, tapi InsyaAllah, Allah maha pelindung dan maha besar.”
Malah beliau juga tidak ketinggalan menegaskan dirinya langsung tidak pernah menganiaya sesiapa sebelum ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memintanya untuk tidak mengendahkan sahaja berkenaan. Hal ini demikian kerana, sebelum ini juga, memang ramai dalam kalangan selebriti tempatan tidak terlepas daripada menerima mesej sedemikian rupa.
Rentetan itu, Nourul yang sedih dengan perkhabaran itu seolah bersuara dan menyifatkan individu tidak bertanggungjawab itu mungkin hanya mahukan perhatian.
“Baru dapat tahu. Rasa lega sikit sebab ingatkan dia marah kita. Terus cari kat siapa aku buat jahat ni. Nak perhatian ni. Allah sedihnya. Dia perlukan pertolongan. Rasa nak bantu. Kesian.”
Terdahulu, Noorkhiriah dan Syafie Naswip juga antara nama yang turut berdepan dengan situasi yang sama sebelum ini.