Written by Bella | November 14th, 2017

Selepas satu ujian, satu lagi menimpa Kamal Adli, sebelum ini motosikal kesayangannya dicuri kini kereta yang dipandunya telah melanggar sebiji tayar yang tercabut daripada sebuah lori di Lebuhraya Utara Selatan dari arah Seremban ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Kamal bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi terkejut melihat keretanya remuk teruk gara-gara hentaman yang sangat kuat dalam insiden terbabit.

Ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan tiba-tiba ternampak tayar berserta sport rim yang tercabut daripada lori berada di atas lebuh raya. Memandangkan kejadian itu amat pantas, saya gagal mengelak lantas melanggar roda tersebut menyebabkan berlakunya satu hentaman kuat di bahagian hadapan kereta. Syukurlah keadaan lalu lintas ketika itu tidak begitu sibuk. Jika tidak, lebih buruk jadinya.

Kejadian lori tayar tercabut di lebuhraya bukanlah perkara baru lagi. Kadang-kadang, kita sudah memandu dengan betul tetapi orang lain pula punca kemalangan berlaku. Syukurlah Kamal tidak apa-apa, kereta remuk boleh diganti kalau diri cedera susah bukan? Agaknya adalah rezeki lain buat Kamal disebalik semua dugaan yang beliau hadapi.

Sumber Berita : Utusan Online

18 responses to Selepas Motosikal Dicuri, Kereta Kamal Adli Pula Remuk

  1. tayar lori says:

    Macam2 hal lh kamal..tu ujian sb kau menang rm100k..kereta tu mintak perhatian..hrp kau dh bayar zakat..yg lain2 x mau citer

    13

    0
  2. Anonymous says:

    Aku tak minat kamal tp sbg manusia aku nak ucap takziah…semoga dipermudahkan

    7

    0
  3. nok gebuzzz says:

    sabar jer la…ni dugaan kecik jer Allah bagi,mungkin ada hikmah…pke2 kan ape yg ptt ken a buat.

    2

    0
  4. melati says:

    yehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh padan muka lull

    1

    4
  5. anon says:

    bkn dia ke yg kene rompak masa kat luar negara dulu. Setengah org mmg bernasib ,alang. Dulu kene tinggal di lntan, skrg hubungan dgn emma pun bermasalah.

    0

    0
  6. Melor says:

    Claim insurance dgn plus.

    1

    0
  7. Kedondong says:

    Mungkin Ada doa yg makbul dari yg teraniaya…..muhasabahlah diri

    25

    -15
  8. BunnyLynBaLokBaru says:

    Kamal ni pakai kereta apa eh???

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Pergi minta maaf pada org yg telah ko sakiti..

    14

    0
  10. Anonymous says:

    Tak semestinya semua ni berlaku sebab dia buat jahat kat org lain. Kita jgn asik nak kecam dan fitnah org sukahati. Cerminla diri tu dlu..kamal tengah diuji dengan mcm2 ujian tanda Allah sayang kat dia. Korg plk tunggu dgn ujian msg2..silap2 kehilangan yg lebih besar dari c kamal ni. Kehilangan hartabenda atau kehilangan org disayang.. Jangan ingat kamal jer kena uji yer..berhati2 dgn setiap kecaman anda. Jangan sampai kata2 awak diuji jgk.

    19

    0
    • ayoi says:

      kak ujian tu ade 2 kak…satu blh jd tnda Allah syg..kedua blh jd kifarah ats dosa2 kt….hrp akk bljr bg khatam ok….just nk sharing ilmu je…

      sme jgk dgn org y senang,kaya raya x penah di uji….1) sbb istidraj..2) mmg dia seorg y baik,murah hati so Allah limpah rezeki y byk….ok kak…sekadar perkongsian dr sy y lemah ini…

      0

      4
  11. Anonymous says:

    Jadi u tau ker c kamal ni diuji sebab apa??kan saya dah kata kat atas tu ‘tak semestinya’ baca betul2 ayat saya tu. Awak yg kena hadam dlu apa yg saya nak sampaikan. Kan lebih baik kita bersangka baik drp asik dok nak kecam dan fitnah org. Apala maknanya kehidupan kalau asik nak tambah dosa…

    3

    0
  12. Anonymous says:

    Kifarah tu bukan tanda Allah sayang jugak ker??

    1

    0

Leave a Comment

Optional