Selepas Mira Filzah Didakwa Eksploitasi Pakaian Masyarakat India, Ernie Zakri Risau Nak Kahwin Tema Bollywood

Hiburan

Selepas Mira Filzah Didakwa Eksploitasi Pakaian Masyarakat India, Ernie Zakri Risau Nak Kahwin Tema Bollywood

Selepas isu membabitkan nama pelakon terkenal Mira Filzah yang khabarnya diserang netizen selepas bertindak menyarungkan pakaian pengantin wanita masyarakat India, penyanyi Ernie Zakri dilihat tampil berseloroh andai mengenakan pakaian tersebut untuk majlis perkahwinanya dengan Syamil ini mungkin boleh menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.

Ernie Zakri Risau Nak Kahwin Tema Bollywood Selepas Isu Mira Filzah

Advertisement

Menerusi satu perkongsian tweet di laman Twitter, Ernie khabarnya menyindir jika tema itu bakal membuatkan segelintir individu tidak berpuas hati.

“Jika nanti saya buat tema Bollywood untuk majlis perkahwinan, ada yang mengamuk tak? Takut digelar ‘cultural appropriation’.

Hal ini kerana, Mira yang memilih tema tersebut untuk penggambaran produk kanta lekap sebelum ini didakwa telah mengekploitasi pakaian masyatarakt tersebut dem mengaut keuntungan semata-mata.

Ernie Zakri Risau Nak Kahwin Tema Bollywood Selepas Isu Mira Filzah

Ujar penyanyi lagu Ku Bersuara itu lagi, perkara tersebut tidak sepatutnya dirumitkan dan menjadi bahan perdebatan kerana sebelum ini sudah ramai mengenakan pakaian traditional tersebut dan tidak menjadi persoalan.

“Persoalan saya, kenapa harus merumitkan perkara yang tidak wujud sebelum ini? Saya tanya saja mengenai tema Bollywood itu, bukan pasti nak buat,”

Selepas Mira Filzah Didakwa Eksploitasi Pakaian Masyarakat India, Ernie Zakri Risau Nak Kahwin Tema Bollywood

Terdahulu, Mira mengakui tidak berniat untuk menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya dalam persalinan Lehenga seperti yang dimuat naik di Instagram.

Dakwaan Eksploitasi Pakaian Masyarakat India Demi Untung, Mira Filzah Tampil Mohon Maaf

Katanya, ia hanyalah sekadar konsep penggambaran produk serta keinginannya sendiri selaku penggemar filem dan lagu Bollywood.

Bagaimanapun, Mira tampil memohon maaf andai perkara itu mengguris mana-mana pihak.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...