February 20th, 2020

Baru sahaja beberapa minggu menikmati kejayaan berjaya menggenggam trofi Anugerah Juara lagu 34, penyanyi Naim Daniel terpalit kontroversi apabila bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Dayana atau nama sebenar Siti Amirah Dayana menuntut hak cipta bersama lagu Sumpah.

naim daniel

Menurut Dayana, tuntutan yang dibuatnya bukanlah melibatkan isu wang ringgit, sebaliknya hanya atas dasar hak cipta semata-mata dan menuntut agar penyanyi itu bersikap jujur kepada peminatnya.

Dayana turut memaklumkan bahawa dia mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk menunjukkan bahawa lagu itu diciptanya.

Bukan soal duit 

bekas kekasih naim daniel tuntut hak cipta sumpah

Saya dikecam mahukan royalti dan populariti. Saya tak nak duit, apa yang saya mahukan hanya kejujuran Naim. Sekiranya dia mendaftarkan nama saya, secara tak langsung saya dapat royalti. Bagaimanapun, soal royalti adalah nombor dua.

Saya menyanyi sebelum ini tetapi berhijrah dan fokus dengan hidup yang baharu. Jika ingin populariti, lebih baik saya menyanyi semula, tetapi orang susah nak cari muka saya dalam laman sosial.

Naim diberi tempoh seminggu

View this post on Instagram

Dayana Amerda (@dayanaamerda ) yang merupakan Juara Idola Kecik 2009 dan juga bekas kekasih Naim Daniel memberi tempoh seminggu kepada pihak Naim untuk bersikap jujur serta berharap dia akan tampil berbincang atau membuat penjelasan secara jelas mengaku bahawa lagu #Sumpah, dicipta bersama dan bukannya ciptaan dan lirik Naim seorang. . Turut hadir di sidang media ini ialah peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, ibu Dayana, Che Rohaida bt Che Daud, Ayob Abd Majid Pengerusi IRAMA dan Sheikh Qalam dari Qalam Records. Berita penuh jangan lupa tonton #hLive

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on

Pihak Dayana memberikan tempoh selama seminggu untuk Naim membuat pengakuan secara sah dan terbuka yang menyatakan lagu tersebut merupakan karya ciptaan bersama.

“Kenapa baru sekarang nak bising?” – Netizen

dayana naim daniel hak cipta lagu sumpah bekas kekasih naim daniel bekas kekasih naim daniel

Namun, rata-rata netizen mempertikaikan tindakan Dayana yang tiba-tiba sahaja ingin menuntut hak cipta lagu tersebut selepas Naim dinobatkan sebagai juara AJL34 sedangkan sebelum ini, Dayana berkata dia sudah memaafkan bekas teman lelakinya itu dan enggan terlibat dalam industri hiburan.

Difahamkan, lagu Sumpah dikatakan dicipta bersama pada tahun 2015 ketika mereka sedang menjalin hubungan cinta.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Video : Official Hlive


12 responses to “Selepas Menang AJL Baru Nak Tuntut Hak Cipta Lagu Sumpah, Netizen Kritik Bekas Kekasih Naim Daniel”

  1. Anonymous says:

    Royalti bukan isu tp suruh daftar nama…kalau bukan pasal duit xkan kecoh ungkit balik…sblm ni ckp dh settle n nak terlibbat ngan entertaiment klu nak popular baik truskan nyanyian..masalahnya org kenal Kau ke dik…akk pon baru tau nama kau sbb benda…ermmm…ntah la…igt satu je la klu kite mudahkan urusan org Allah akan mudahkan urusan kita… jgn keruhkan keaadan…kesian tgk dari netizen ni xkenal dh kenal n byk yg negatif dari positif…sama2lah kite betulkan kearah yg lebih baik…

  2. Anonymous says:

    Yang jelas nampak, hijrahnya belum cukup sifat. Si ibu lebih sudu dari kuah. Orang kita memang tak lari dari sifat dengki dan khianat mengkhianati. Lebih baik bawa terus ke mahkamah, negara ada undang-undang, kenapa perlu sembang itu ini disana sini. Kalau betul yakin kerana Allah, berdoa di sejadah, insyaallah semua akan terbongkar sendiri. Jaga juga aib suami, awak isteri orang, tapi masih bercerita soal hubungan dulu.

  3. Kanjengmas says:

    Kalau benar kata bekas aweks Naim .naim kena jujur ….buat renungan tak kemana lagu sumpah ni tak d kira oleh Allah esok d padang mashyar yg d kira kejujuran.

  4. nurul husna says:

    pompuan tu nk cari publisiti murahan, itu yang dia saje nk bg 1 malaysia tau…nk pemes sekali ngaku jelaa

  5. Anonymous says:

    hellok² org xtau..tak memasal satu mesia tau kau ex dia.. xpasal kisah lama terungkit blk.kata nak bersara.. xperlu dh lg semua tu klu btl² nk berhijrah..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...