Berikutan penularan wabak pandemik ini, pastinya ia akan membataskan pergerakan semua rakyat.
Begitulah yang terjadi kepada dua beradik kembar warga emas Rokiah dan Rosiah Ab Rahim, 74, yang sudah lama tidak bersua muka lebih setahun lamanya.
Mereka ditemui dengan keadaan teruja bertemu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Lendu hari ini.
Meskipun jarak kediaman mereka hanya kira-kira enam kilometer, mereka tidak pernah bertemu sebelum ini kerana mematuhi arahan berada di rumah berikutan kesihatan yang tidak mengizinkan kerana kedua-duanya menghidap darah tinggi dan berkerusi roda.
Rokiah yang menetap di pekan Masjid Tanah berkata, hari berkenaan paling bermakna buat mereka apabila bertemu dalam suasana Covid-19 yang membimbangkan.
“Saya sememangnya dijadualkan (mengambil vaksin) hari ini, sementara adik saya itu dijadualkan lebih awal namun dia menolak sebanyak dua kali sebelum ini atas faktor kesihatan”
Namun atas pandangan adik lain yang sudah menjalani proses suntikan vaksin, Rosiah terbuka hati menerima suntikan tapi dia juga tidak menduga dijadualkan semula pada hari yang sama dengan saya.
Menurut laporan Metro, Rosiah yang tinggal di Solok Duku mengakui terkejut dapat bersama kakaknya kembarnya menjalani suntikan pada hari yang sama.
Menurutnya, dia sebelum ini menolak dua kali juga disebabkan takut, namun keadaan kesihatan yang kini mengizinkan menyebabkan dia bersedia untuk disuntik.
Pasangan kembar ini turut mengatakan bahawa dorongan semua adik-beradik yang lain juga memberi kekuatan dan semangat kepadanya untuk menjalani suntikan berkenaan selain menyedari kepentingannya.
Wah, comel betul kedua-dua kembar warga emas ini kan. Paling penting, semangat nak ambil vaksin tu patut dipuji. Sama-samalah kita mengikut saranan kerajaan demi mencapai proses herd immunity.