Selepas Lebih 15 Tahun Berkawan, Cristiano Ronaldo Ajak Messi Makan Malam Bersama

Trending

Selepas Lebih 15 Tahun Berkawan, Cristiano Ronaldo Ajak Messi Makan Malam Bersama

Dua figura terkenal dalam dunia bola sepak ini sememangnya sering ‘dilagakan’ oleh peminat bola sepak. Walaupun hakikatnya mereka mempunyai hubungan yang cukup baik di luar padang. Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sering kali bersaing secara sihat dan berlumba-lumba meraih anugerah di dalam dunia bola sepak.

Semalam semasa malam penghargaan UEFA, kedua mereka sempat ditemu ramah dan Cristiano Ronaldo memberitahu sesuatu yang mengejutkan iaitu mereka tidak pernah makan malam bersama.

Advertisement

“Sudah 15 tahun kami berkongsi pentas yang sama. Saya tak pasti kalau ianya pernah berlaku sebelum ini dalam bola sepak. Ianya bukan mudah. Kami ada hubungan yang sangat baik walaupun belum pernah makan malam bersama-sama. Saya harap lain kali mungkin boleh.”

Komen Ronaldo itu sememangnya mengundang ketawa kepada penonton yang hadir. Rata-rata ramai yang berasakan agak lucu situasi yang mereka alami selama 15 tahun perkenalan itu.

Siapa sangka dah sepanjang 15 tahun berkawan tapi mereka masih belum pernah makan sekali. Ramai peminat yang turut memberikan komen positif melihatkan hubungan baik diantara dua musuh dalam dunai bola sepak ini.

Agak-agaknya jadi ke tidak perancangan makan malam ni?

via GIPHY

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...