Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Selepas Lama Berkawan, Syafiq Kyle Akui Mimi Lana Teman Istimewa

Sejak berlakon dalam drama Nur dan Nur 2, populariti Syafiq Kyle semakin meningkat dan kini merupakan antara hero drama terlaris di pasaran. Namun begitu masih belum terdengar lagi Syafiq digosipkan dengan mana-mana pelakon wanita sejak dia menceburi bidang lakonan.

Namun kini, kepada Harian Metro, Syafiq mengakui dia mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Mimi Lana dan hubungan mereka sudah berlangsung agak lama:

Advertisement

Dia teman istimewa saya. Memang kami sudah lama berkawan tapi saya tidak mahu menjaja kisah cinta kepada peminat.

Saya bukannya mahu bermain teka-teki kerana ramai juga yang sudah tahu mengenai hubungan ini dan pernah nampak kami keluar berdua sebelum ini.

Namun, kami putuskan tidak mahu terlalu menunjuk pada orang mengenai hubungan ini kerana bukan kewajipan untuk beritahu hubungan pada semua orang.

 

Walau bagaimanapun, Syafiq berkata masih belum ada perancangan dari pihaknya untuk membawa hubungan itu ke peringkat seterusnya dalam tempoh terdekat walaupun ahli keluarga masing-masing tahu mereka bercinta:

Namun, saya belum berani untuk memberitahu hubungan kami serius untuk ke fasa seterusnya selagi belum membawa Mimi bertemu keluarga.

Buat masa ini, saya masih belum puas dengan pencapaian dalam karier seni.

Begitu juga dengan Mimi, dia juga ada yang mahu dikecapi dalam kariernya.

Sebelum ini ada pihak yang mendakwa Mimi Lana sering ‘memberi bayangan’ bahawa dia ialah teman istimewa Syafiq dan tertanya-tanya bilakan Syafiq akan mengakuinya. Mimi Lana pernah memuat naik gambar dan video dirinya menyambut hari ulangtahun kelahiran Syafiq bersama ahli keluarga pelakon itu.

Segala persoalan peminat kini telah terjawab. – beautifulnara.com

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 Comments

  1. Anonymous

    May 27, 2019 at 8:16 am

    mimilana ni cantik

    • Mimi lanos senduuu

      May 28, 2019 at 12:09 pm

      mata kau kelaut haha. dia artis sendu, bakat pun tak de. tak sesuai jadi pelakon.
      Pelakon kayu boleh laa kot.

  2. Hannah Dalisha

    May 26, 2019 at 5:25 pm

    To mimi lana : Orang cakap muka tak cantik tak pe, asalkan perangai baik/elok. Tapi semua tau perangai awak macam mana. So kalau rase nak sgt kat syafiq, tolong tgk cermin HAHAHA
    btw, moga syafiq kyle bertemu jodoh yg baik & bahagia selamanya nanti

    • bebird capik

      May 27, 2019 at 1:05 pm

      Mcm lah baik sangat capik tu.. bebird pun melayang

  3. mimilana ku tak glamour

    May 26, 2019 at 11:03 am

    hahahahaha jangan laa gaduh2, diaorang baru couple bukan ada ikatan sah lagi. Fans capikk doakan jee dia bahagia okay. Even dengan mimi lanos sekali pun (bukan kawin lagi gan minah sendu tuu) HAHAHA

  4. Rin

    May 24, 2019 at 10:56 pm

    Perempuan macam tiang listrik ni, oh pleaselah

  5. Anonymous

    May 24, 2019 at 10:36 pm

    Akhirnya ngaku pun couple, pnh nmpk dorg dating sesuai je tengok

Loading...
To Top