Selepas Lahirkan Anak Pertama, Ibu Bangladesh Lahirkan Lagi Anak Kembar 26 Hari Kemudian

Trending

Selepas Lahirkan Anak Pertama, Ibu Bangladesh Lahirkan Lagi Anak Kembar 26 Hari Kemudian

Seorang ibu dari Bangladesh membuat kejutan di kalangan komuniti perubatan setelah melahirkan tiga orang bayi yang sihat dari dua rahim berbeza.

Arifa Sultana, 20, melahirkan bayi pertama, seorang lelaki pada 2 Februari tetapi kemudiannya dihantar semula ke hospital 26 hari kemudian kerana sakit perut.

Advertisement

Setelah doktor melakukan ultrabunyi, mereka baru sedar bahawa Arifa sedang ingin melahirkan anak kembar dan dia kemudiannya terpaksa dibedah secara caesarean.

Bayi kembar itu, seorang lelaki dan seorang perempuan berada dalam keadaan sihat dan telah dikeluarkan dari hospital empat hari setelah dilahirkan.

Doktor telah memberi diagnosis bahawa Arifa mempunyai kondisi jarang ditemui–uterus didelphys–di mana seorang wanita dilahirkan dengan dua rahim. Rahim berganda ini kadang kala menyebabkan seorang wanita mempunyai dua serviks dan kadangkala dua vagina, walaupun tidak semestinya.

Apabila bayi perempuan berkembang dalam rahim ibu mereka, rahim bayi itu akan mula berkembang dalam bentuk dua tiub, yang kemudiannya bercantum untuk membentuk satu ruang yang lebih besar dan berongga. Namun begitu, dalam kes Arifa, dua tiubnya tidak bercantum dengan lengkap sebaliknya dia membina dua rahim berbeza.

Kehamilan keduanya tidak ditemui kerana dia tidak membuat ultrabunyi semasa kelahiran anak pertamanya, ujar Dr. Shiela Poddar.

Dr Dilip Roy, Ketua Doktor Kerajaan di Jessore, barat daya Bangladesh , mempersoalkan mengapa kehamilan kedua itu tidak ditemui oleh pihak hospital semasa Sultana melahirkan anak pertama. Dia berkata:

Saya tak pernah lihat kes seperti ini dalam kerjaya perubatan saya sepanjang 30 tahun. 

Arifa gembira dengan kelahiran bayinya tetapi prihatin bagaimana mereka suami isteri akan membesarkan tiga anak itu. Dia berkata suaminya mempunyai pendapatan kurang dari 6,000 taka  (RM 287.85 ) sebulan sebagai buruh dan menambah:

Saya tak tahu bagaimana kami nak uruskan tanggungjawab sebegini besar dengan pendapatan sekecil ini.

Suaminya, Sumon Biswas, bertekad untuk memberi kehidupan terbaik buat anak-anaknya. Dia berkata:

Ini keajaiban dari Allah SWT bahawa kesemua anak saya sihat. Saya akan cuba sedaya upaya untuk bahagiakan mereka. 

amazingnara.com via Metro UK

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...