Selepas Kurta, Ustaz Ebit Lew Hasilkan T-Shirt Pula

Hiburan

Selepas Kurta, Ustaz Ebit Lew Hasilkan T-Shirt Pula

Meskipun sebelum ini kurta keluarannya laku keras sehingga terpaksa mencari 100 tukang jahit bagi menampung permintaan luar biasa daripada pembeli, pendakwah Ustaz Ebit Lew sekali lagi bangkit mengendalikan pengusahaan jualan t-shirt keluarannya yang dikhabarkan mendapat permintaan yang sangat tinggi daripada pembeli.

ebit lew tshirt

Advertisement

Perkara itu tercetus selepas ramai dalam kalangan peminatnya tidak putus-putus menghulurkan sokongan kepada perniagaannya.

Akui sibuk mengendaikan aktiviti kebajikan membantu golongan memerlukan pendakwah ini bagai tetap punyai masa menguruska beberapa perniagaan miliknya dengan begitu efisien.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Ustaz Ebit dilihat menyeru orang ramai khususnya para pengikut memdoakannya agar mampu merealisasikan impian tersebut.

Katanya, stok untuk t-shirt yang bertulis “Saudaraku Disebalik Ujian Ada Rahmat” itu sudah siap untuk dijual dan boleh didapati secara atas talian pada harga RM29.

“Pohon doakan yer. Doakan yer. Ramai minta nak Tshirt. Syukur baru siap tadi.”

Menjengah ke ruangan komen di posting berkenaan, rata-rata pengiktnya menzahirkan rasa teruja dengan penghasilan t-shirt tersebut. Malah, ramai juga seakan tidak sabar unyuk mendapatkannya.

Posting yang mendapat ratusan ribu tanda suka itu juga dibanjiri dengan komen murni daripada para pengikut. Warganet juga dilihat bagai menyokong perniagaan yang dikendalikan Ustaz Ebit dengan menitip beberapa ucapan tahniah dan memuji keperibadiannya.

ebit lew tshirt

Tidak kurang juga wujud segelintir pengikutnya yang meminta agar beliau mengeluarkan baju tersebut dalam versi muslimah pula.

Walaupun sudah memiliki kemewahan yang mengujakan, netizen juga ramai yang masih mengagumi pendakwah ini. Mengetahu sikap mulia Ustaz Ebit, kata netizen, ia bagaikan membeli sambil menyumbang kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...