Selepas Kontroversi Video Muzik Keterlaluan, Wani Syaz Tampil Dengan Lagu Baru Berkonsepkan Tarian Padang Pasir

Hiburan

Selepas Kontroversi Video Muzik Keterlaluan, Wani Syaz Tampil Dengan Lagu Baru Berkonsepkan Tarian Padang Pasir

Penyanyi Wani Syaz sebelum ini pernah menerima kecaman daripada netizen gara-gara muzik videonya yang dianggap sebagai keterlaluan, sekitar dua tahun yang lalu. Bintang program nyanyi Gema Gegar Vaganza ini dilaporkan telah kembali menyerikan industri muzik Malaysia dengan lagu baru berkonsepkan irama padang pasir bertajuk Habibi.

Wani ataupun nama sebenarnya Nursyazwani Selamat, 23, pernah dikritik kerana menari dengan gaya yang keterlaluan, tidak selari dengan imejnya yang berhijab.

Advertisement

Namun begitu, kontroversi tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya dengan konsep yang baru.

Difahamkan, Wani telah muncul dengan sebuah single yang mempertaruhkan irama gelek padang pasir dengan sedikit sentuhan moden.

“Sebagai anak seni saya kena berrani mencuba walaupun hakikatnya saya agak sedikit malu pada awalnya. Tapi bila dah cuba saya rasa selesa dan best pula. Jika tak cuba saya tak akan keluar dari zon selesa saya, bimbang nanti peminat akan bosan.”

Tambahnya lagi, lagu Habibi itu turut menampilkan penyanyi rap Waris sebagai rakan duet.

Wani dalam pada itu turut berharap agar video muzik Habibi ini tidak akan dikecam oleh masyarakat dan berharap mereka di luar sana memberi peluang agar dia dapat menyampaikan nafas baru dalam hasil karya seninya itu.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...