Selepas kejayaan dan sambutan hangat konsert Jelajah Dunia BLACKPINK 2019 – In Your Area hujung minggu lalu yang memikat hati 14,000 peminat yang dikenali sebagai Blinks, penganjur konsert MacpiePro berhasrat membawa pula kumpulan sensasi Korea Selatan, BTS ke Malaysia. Wah, tentunya ia berita gembira untuk peminat K-Pop diluar sana terutama sekali ‘fangirl’ dan ARMY BTS.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MacpiePro, Ang Chee Ciang, pihaknya masih lagi dalam proses perancangan sebelum sebarang rundingan untuk menjemput kumpulan K-pop terkenal di dunia itu beraksi di Malaysia.
MacpiePro memang berharap dapat membawa BTS menemui peminat di Malaysia tetapi tiada yang pasti buat masa ini. Kita perlu merancang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rundingan untuk menjemput kumpulan itu.
MacpiePro sedang berbincang dengan syarikat pengurusan artis Korea terkenal yang lain dan kita berharap dapat menganjurkan konsert mereka di Malaysia untuk memberikan peminat K-Pop konsert yang bagus.
Difahamkan, Konsert Jalajah Asia GFRIEND dan juga Festival Muzik K-Wave 4 juga akan diadakan pada tahun ini.
BTS dianggotai 7 orang ahli serba berbakat iaitu Jin, Jimin, V, RM, J Hope, Jungkook dan Suga. Sudah lama peminat dahagakan perkhabaran gembira untuk kumpulan tersebut membuat persembahan di Malaysia. Mungkin selepas ini impian mereka akan tercapai.

Jgn riak
February 26, 2019 at 1:04 pm
Assalamualaikum.. kalu x suke org yg bg nasihat xpayah la perkotak katik kn suruh pegi madrasah.. madrasah adalah tempat ilmu alQuran yg x mengira usia.. bkn kene dh tua je bole belajar ilmu Al Quran.. Dr perut ibu juga kite patut tahu Al Quran.. semoga kite semua diberi hati yg bersih, ilmu yg berkat, akhlak yg baik.. Ingtlah pada Maha pencipta yg mencipta Kita.. cintailah Rasulullah dr berbangga dgn Artis2 ni… Jgn berlebih2.. jaga bahasa kita..
BTS
February 26, 2019 at 10:23 am
band Bandar Tasik Selatan ke ni?
Anonymous
February 26, 2019 at 11:27 am
BUDAK TAK SUNAT laaa…
Anonymous
February 26, 2019 at 8:37 am
Beri laluan kpada wanita dulu masuk..umpan.
Seterusnya baru lelaki utk menakluki.
Wekkkkkkk
February 26, 2019 at 8:34 am
Betullah pepatah kuno tu ” beri betis nak peha”.
Anonymous
February 26, 2019 at 8:23 am
Di mlsia sng cari makan. Tmpt sendiri org2 mereka sudah tahu perangai artis tu ..kita je tak tahu.
Knpa org kita x dpt buat ” duit ” kt sana dlm nyanyian ni..jwbkn.