Setelah petugas media yang bertugas di Istana Negara membuat liputan secara langsung dan juga liputan semasa berkenaan keadaan politik negara mendapat agihan KFC dan McDonalds secara percuma, kini mereka disajikan pula dengan kehadiran lori Milo untuk memberikan semangat kepada mereka untuk terus melakukan tugas liputan.
Agihan hidangan KFC telah diberikan kepada petugas media oleh staf istana pada hari pertama dan hari kedua Yang Di-Pertuan Agong telah mencemar duli untuk mengagihkan hidangan McDonalds kepada petugas media yang berada di perkarangan istana.
Baca artikel: Selepas Berikan KFC Percuma, Yang Di-Pertuan Agong Berkenan Berikan McDonalds Pula Kepada Pengamal Media
Hari ketiga, rezeki petugas media disini bertambah baik selepas seseorang membuat perkongsian di laman Twitter, @Addullah_karim dengan memuat naik gambar yang menunjukkan lori Milo telah pun berada di perkarangan istana.
Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa petugas media yang bertugas membuat liputan di kawasan Istana Negara telah berada di sini sejak beberapa hari yang lepas untuk mendapatkan perkembangan keadaan politik dengan pantas dan tepat.
Sejurus sselepas perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7, perkembangan politik negara menjadi isu hangat yang dibincangkan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Selain KFC dan McDonalds, beberapa syarikat lain juga kelihatan tampil untuk memberikan kejutan kepada petugas media yang gigih bertugas untuk mendapatkan info terkini seperti Tunetalk. Syarikat tersebut telah mengagihkan aiskrim percuma sebagai tanda menghargai petugas media yang menunggu dibawah terik matahari.
Terbaru, Yang Di-Pertuan Agong telah mengeluarkan titah kepada kesemua ahli parlimen untuk hadir ke Istana Negara untuk menjalankan sesi temu bual secara individu. Sesi temu bual tersebut dilakukan untuk membincang serta menentukan pentadbiran negara selepas cadangan Tun Dr Mahathir untuk membentuk sebuah kerajaan baru diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong
Baca artikel: Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Cadangan Kerajaan Baru Tun M