Selepas Kes Menyamar Menjadi Inspektor Polis, Kali Ini Lelaki Lain Pula Menyamar Sebagai Komando

Trending

Selepas Kes Menyamar Menjadi Inspektor Polis, Kali Ini Lelaki Lain Pula Menyamar Sebagai Komando

Sudah menjadi seperti satu trend pula apabila ada yang menyamar sebagai anggota badan beruniform seperti askar dan polis. Sebelum ini, seorang remaja berusia 19 tahun ditahan selepas ‘kantoi’ menyamar sebagai Inspektor Polis. Bukan saja siap memakai seragam lengkap tetapi dia juga turut menjalankan operasi membanteras jenayah.

Baca: “19 Tahun Dah Jadi Inspektor?” Pemuda Kantoi Menyamar Pegawai Kanan Polis

Advertisement

Yang terbaru pula, seorang lelaki mendapat perhatian netizen selepas didapati menyamar sebagai seorang komando askar. Seperti kes Tuan Ramdan, lelaki ini juga turut menyarungkan seragam tentera dalam penyamaran ini.

“Komando bagai nak gila menjalani latihan, kita senang-senang je sarung beret tanpa latihan.”

Menerusi perkongsian ini, lelaki dikenali sebagai Asri ini sebenarnya hanyalah orang awam dan bukannya ahli tentera seperti yang didakwa. Lelaki ini dilihat berpakaian celoreng dengan tag nama ‘Gerak Khas’ mengalahkan seperti seorang anggota komando!

Malah ada juga yang mendakwa lelaki ini mengumpan gadis-gadis di luar sana dengan menyamar menjadi seorang anggota komando. Sehinggakan ada yang melihatnya aktif di aplikasi ‘Tik Tok’ dengan memakai pakaian seragamnya itu.

“Orang komando duduk dalam kem, dia komando nak tackle aweks.”

Rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan sikap segelintir pihak yang sewenang-wenangnya mengambil keputusan menyamar sebagai anggota badan uniform. Kalau sememangnya berminat, sepatutnya perlu lalui proses yang sama seperti anggota yang lain.

Sebelum ini, kisah sebenar ‘Tuan Ramdan’ dibongkarkan oleh seorang individu yang mendakwa dirinya adalah abang kandung kepada remaja tersebut. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Abang Kandung Kepada ‘Tuan Ramdan’ Bongkar Kisah Sedih Di Sebalik Kehidupan Sebenar Adiknya Itu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...