Selepas Kek Lapis, Kini Laksa Sarawak Menjadi Masakan Terkenal Di Peringkat Antarabangsa

Kehidupan

Selepas Kek Lapis, Kini Laksa Sarawak Menjadi Masakan Terkenal Di Peringkat Antarabangsa

Jika sebelum ini tular di media sosial apabila kek lapis Sarawak muncul di rancangan masakan di United Kingdom. Kali ini satu lagi masakan dari Bumi Kenyalang ini mendapat sambutan hangat di peringkat antarabangsa. Tak lain tak bukan, laksa Sarawak.

Masakan laksa Sarawak kini dijual di restoran bernama Mulu di Beijing, China. Wah, jauh betul terbang ke Sarawak. Menurut laporan, restoran ini merupakan restoran pertama yang menghidangkan masakan Asia Tenggara di kawasan Wangfujing.

Advertisement

restoran mulu di beijing
Yang menariknya, segala rempah ratus yang digunakan dibawa khas dari Malaysia sendiri. Jadi memang rasa asli masakan Malaysia lah nampaknya ni. Menurut pemilik restoran ini iaitu Jasmine Kho, menu laksa Sarawak ini adalah menu ‘signature’ mereka.

Menggunakan resepi asal dari neneknya di Sarawak, masakan ini menggunakan 36 rempah ratus dari Malaysia untuk mengekalkan rasa asli nya. Di dalam resepi itu, air rebusan kuah diperbuat daripada tulang ayam, kulit udang dan tujuh jenis sayur-sayuran yang direneh selama 5 jam.

300 mangkuk terjual sehari

laksa sarawak
Masakan laksa Sarawak ini pernah dijual di Festival Makanan Asia di Olympic Park, Beijing pada Mei lalu dan mendapat sambutan hangat dari pengunjung. Bayangkan mereka pernah menjual 300 mangkuk dalam sehari!

Bukan itu sahaja, malah chef terkemuka dunia iaitu mendiang Anthony Bourdain juga mengagumi masakan dari Malaysia ini. Dia juga pernah berkongsikan menu ini di laman Instagram dan menggelarnya “Breakfast of the Gods“.

Advertisement

laksa sarawak
Tak dinafikan Malaysia memang banyak makanan yang sedap. Lepas ni rasa-rasanya masakan Malaysia yang mana pula akan terkenal di peringkat antarabangsa ya?

Sumber: Borneo

Artikel berkaitan: Bangganya Kek Lapis Sarawak Muncul Dalam Program TV Masakan UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...