Jika sebelum ini tular di media sosial apabila kek lapis Sarawak muncul di rancangan masakan di United Kingdom. Kali ini satu lagi masakan dari Bumi Kenyalang ini mendapat sambutan hangat di peringkat antarabangsa. Tak lain tak bukan, laksa Sarawak.
Masakan laksa Sarawak kini dijual di restoran bernama Mulu di Beijing, China. Wah, jauh betul terbang ke Sarawak. Menurut laporan, restoran ini merupakan restoran pertama yang menghidangkan masakan Asia Tenggara di kawasan Wangfujing.
Menggunakan resepi asal dari neneknya di Sarawak, masakan ini menggunakan 36 rempah ratus dari Malaysia untuk mengekalkan rasa asli nya. Di dalam resepi itu, air rebusan kuah diperbuat daripada tulang ayam, kulit udang dan tujuh jenis sayur-sayuran yang direneh selama 5 jam.
300 mangkuk terjual sehari
Bukan itu sahaja, malah chef terkemuka dunia iaitu mendiang Anthony Bourdain juga mengagumi masakan dari Malaysia ini. Dia juga pernah berkongsikan menu ini di laman Instagram dan menggelarnya “Breakfast of the Gods“.
Sumber: Borneo
Artikel berkaitan: Bangganya Kek Lapis Sarawak Muncul Dalam Program TV Masakan UK