Selepas Ini Pengguna Boleh Pilih Kualiti Video Yang Dimuat Naik Dalam Whatsapp ?

Teknologi

Selepas Ini Pengguna Boleh Pilih Kualiti Video Yang Dimuat Naik Dalam Whatsapp ?

Sebelum ini, korang mesti perasan video yang dimuat naik di aplikasi Whatsapp agak kurang memuaskan kerana kualiti video tersebut tidak seperti video apabila dimuat naik di aplikasi lain.

Namun begitu, situasi ini berkemungkinan akan berubah kerana Whatsapp kini sedang mengemukakan kemas kini baru melalui Program Google Play Beta dan menguji ciri bersesuaian yang membolehkan pengguna memilih kualiti video sebelum memuat naik di aplikasi Whatsapp. Wow!

Advertisement

Menerusi laman Wabetainfo, Whatsapp bakal menggunakan ciri yang membolehkan pengguna memilih kualiti video untuk dimuat naik. Walau bagaimanapun, ciri-ciri tersebut masih dalam pembangunan dan belum didedahkan kepada umum tetapi sedikit preview sudah diperlihat.

kualiti video whatsapp

Sumber : Wabetainfo

Berdasarkan gambar tersebut, ciri-ciri ini didatangkan dengan tiga piilihan yang berbeza mengikut kehendak pengguna. Pilihan pertama ialah Auto (disyorkan) dimana Whatsapp akan memilih kualiti yang terbaik untuk video dimuat naik. Pilihan Best Quality pula ialah membolehkan pengguna memuat naik video sama seperti kualiti video yang asal. Manakala, pilihan Data server apabila penjimatan data diaktifkan dalam tetapan Android, Whatsapp akan mengurangkan kualiti video sebelum dimuat naik.

Ciri-ciri ini masih dalam pembangunan dan penambah baikan oleh pihak Whatsapp sebelum ia akan dilancarkan dalan versi penuh nanti.

Jika ciri-ciri ini sudah dilancarkan sepenuhnya sudah pasti pengguna dapat memuat naik video di aplikasi Whatsapp dengan kualiti video yang jelas.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...