Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Selepas Empat Bulan Berkahwin, Saya Sudah Sedia Untuk Memiliki Anak – Nora Danish

Sudah empat bulan bergelar isteri kepada Nedim Nazri, pelakon Nora Danish mengakui beliau kini sudah bersedia untuk menimang cahaya mata bersama suaminya itu. Nora juga sebenarnya merindui pengalaman ketika hamil selepas melahirkan anak pertama beliau kira-kira lapan tahun lalu.

Advertisement

Alhamdulillah, selepas hampir empat bulan perkahwinan kami, saya kini bersedia untuk memiliki anak semula. Terus terang, ia juga antara sebab utama kenapa saya berkahwin kerana rindu untuk kembali mengandung dan melahirkan cahaya mata.

Bagi saya, anak adalah anugerah yang dikurniakan Allah sebagai pengikat kasih dan menguatkan lagi hubungan saya dengan suami. Lebih-lebih lagi, anak saya, Rayqal, sudah pun berusia lapan tahun dan dia sendiri sangat teringin mempunyai adik untuk menjadi temannya.

Menurut Nora, sejak berkahwin beliau dan Nedim sentiasa berusaha dan berikhtiar agar segera diberikan rezeki untuk menimang anak. Walaubagaimanapun, mereka tetap menyerahkan soal itu kepada ketentuan Allah SWT.

Nora mempunyai seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal Ramli bersama bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli ataupu Jejai.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama