Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Selepas Dituduh Rogol Gadis, Da’i Syed Didakwa Pernah Nak “Try” Aishah Azman?

Seakan gempar di media sosial ketika ini apabila nama pendakwah bebas Da’i Syed kini khabarnya terpalit dengan dakwaan berat apabila beliau dituduh pernah merogol seorang gadis oleh pengguna laman Twitter.

Advertisement

Terbaharu, menurut kiriman yang pihak kami terima sebentar tadi, Syed juga dikatakan pernah cuba untuk menjalin kasih dengan pelakon Aishah Azman.

Kata individu terbabit, Syed sebelum ini dikatakan langsung tidak segan memuat naik foto pelakon itu di laman Instagramnya sebagai tanda suka.

Aishah azman dai syed

Bagaimanapun tindakan itu mendapat perhatian abang kepada pelakon berkenaan iaitu Afiq Muiz yang tampil meninggalkan komen di posting terbabit.

Hasil tinjauan mendapati, foto tersebut mungkin telah dipadam Syed kerana langsung tidak kelihatan sebarang entri yang memaparkan wajah pelakon tersebut di laman Instagram miliknya.

Advertisement

Aishah azman dai syed

Tidak terhenti begitu sahaja, menjengah ke Instagram Aishah, beliau seakan memberi bayangan bahawa dirinya kini seolah berpuas hati atas apa yang telah berlaku dan menimpa jejaka itu

Posting yang memaparkan ungkapan “Sepandai pandai tupai melompat, akhir jatuh ke tanah jua” seperti menyindir pendakwah itu yang kini semakin terbongkar akan kisah silamnya.

Malah, di laman Twitter pula, Aishah dilihat berani bersuara dan cuba mempertahankan hak wanita berikutan kisah gadis yang pernah dirogol pendakwah berkenaan.

Akan tetapi, segalanya kini masih tidak dapat dipastikan sama ada perbuatan keji itu benar-benar berlaku ataupun sebaliknya.

Malah kisah yang melanda Aishah itu juga  difahamkan masih belum temui kata sahih kerana tiada kenyataan rasmi yang dimaklumkan oleh pihaknya sendiri.

Untuk rekod, Syed sebelum ini telah tampil membuat laporan Polis di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor sekitar jam 5.45 petang semalam susulan dakwaan merogol seorang gadis sehingga mengalami trauma.

Advertisement

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama