Selepas Dipenjara Selama 39 Tahun, Lelaki Ini Didapati Tidak Bersalah Dan Perolehi Pampasan USD21 Juta

Trending

Selepas Dipenjara Selama 39 Tahun, Lelaki Ini Didapati Tidak Bersalah Dan Perolehi Pampasan USD21 Juta

Seorang lelaki dari California menerima pampasan sebanyak USD21 juta iaitu kira-kira RM85.65 juta daripada kerajaan negeri kerana didapati tidak bersalah membunuh kekasihnya selepas 39 tahun dihukum penjara.

dna

Advertisement

Ujian DNA baru membuktikan Craig Coley,71, tidak bersalah atas dakwaan  membunuh Rhonda Wicht dan anak lelakinya yang berusia empat tahun pada 1978 dan dia akhirnya dibebaskan pada tahun 2017.

Pada tahun 1980, Coley didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa pembebasan bersyarat.

Namun satu ujian baru pada baju mendedahkan DNA lelaki, serta sperma beberapa individu, tiada seorang pun yang sepadan dengan Coley.

Coley sebenarnya sudah menjelaskan alibinya, namun ditolak kerana seorang saksi nampak dia berada di lokasi kejadian pada hari pembunuhan tersebut.

Ibu bapa Coley meninggal dunia ketika dia di dalam penjara. Malah lebih menyedihkan, ibu bapanya terpaksa menggadai rumah untuk membebaskannya.

dna

Tidak lama selepas Coley diampunkan, seorang hakim mengisytiharkan dia tidak bersalah. Polis bagaimanapun tidak berjaya menangkap orang yang melakukan pembunuhan tersebut.

Menurut peguam Coley, Ron Kaye, walaupun anak guamnya diberi pampasan, namun ia tidak dapat membayar ganti rugi untuk kehidupan yang ditinggalkannya ketika dipenjarakan.

Sumber Berita: LA Times

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...