Umum sedia maklum, antara trend yang semakin hangat di TikTok kini ialah merakam video cabaran menunjukkan perbelanjaan bulanan kepada orang ramai.
Tidak ketinggalan, Kasih Iris Leona yakni anak perempuan kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman, dilihat tidak segan untuk tampil mencuba cabaran tersebut.
Bagaimanapun, video berkenaan difahamkan telah mengundang reaksi kurang senang netizen dan menyifatkannya Leona sebagai individu yang tidak sensitif dengan situasi semasa.
Meskipun video berkenaan sudah dipadam olehnya, kini Leona seolah bangkit menjernihkan keadaan.
I’m pretty sure I’ve said this a few times but it’s 100% my own money I earned myself and my parents don’t give me allowance anymore. I don’t think I need to justify my spendings and this was a trend on tiktok which I did not start ? https://t.co/jJqoK6am0f
— leona (@kasihirisleona) December 14, 2020
“Saya dah ulang ni banyak kali, duit itu adalah 100% hasil dari titik peluh saya sendiri dan ibu bapa saya tidak beri saya duit belanja dah. Saya rasa tidak perlulah saya menjelaskan tentang perbelanjaan saya malah, bukan saya yang memulakan trend TikTok tersebut.”
Bahkan, beliau juga turut menzahirkan ucapan maaf andai video tersebut telah mengguris hati mana-mana pihak.
i acknowledge that my tiktok came off as tone deaf and i apologise for that. i took it down yesterday after realising but yeah, if you were uncomfortable by it, im sorry
— leona (@kasihirisleona) December 14, 2020
“Saya mengaku yang TikTok saya mungkin tidak kena/tidak sensitif dan saya meminta maaf tentang itu. Saya dah memadamnya semalam setelah sedar dan ya jika kamu berasa tidak selesa dengannya, saya minta maaf.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bertindak memberikan nasihat kepadanya dan mengingatkannnya agar sentiasa berfikiran positif kelak.
Sumber: Oh My Media