Selepas ‘Dihalau’ Dari Sabah, Fahmi Reza Dakwa Dilarang Keluar Negara Pula – “Aku Dapat Tahu Kena Blacklist, Apa Salah Aku?”

Trending

Selepas ‘Dihalau’ Dari Sabah, Fahmi Reza Dakwa Dilarang Keluar Negara Pula – “Aku Dapat Tahu Kena Blacklist, Apa Salah Aku?”

Aktivis Fahmi Reza mendedahkan dia telah dilarang keluar negara ketika cuba menaiki penerbangan ke Singapura untuk menghadiri sebuah konsert.

Menerusi hantaran di Facebook, dia mendakwa seorang pegawai imigresen telah memaklumkan kepadanya bahawa Bukit Aman berkata Fahmi tidak mempunyai kebenaran keluar negara.

Advertisement

Dia kemudian diiringi pegawai imigresen untuk keluar dari kawasan pelepasan antarabangsa.

Artis grafik itu juga mengkritik pihak berkuasa yang tidak memberikannya penjelasan tentang larangan perjalanannya itu.

Hari ni, pada hari jadi aku, dan pada Hari Raya Aidiladha, aku dapat tahu aku kena blacklist, dilarang ke luar negara.

Baca perkongsian Fahmi:

 

Sebelum ini, Fahmi juga pernah ‘dihalau’ keluar sebaik sahaja tiba di Sabah pada 29 Mei lalu di mana notis dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menyebut Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 sebagai asas undang-undang bagi penolakan itu.

Baru Tiba Di 'Airport', Fahmi Reza Dapat Notis 'Dihalau' Dari Sabah - "Tak Dibenarkan Masuk Atas Arahan Jabatan Ketua Menteri"
1 week ago

Baru Tiba Di 'Airport', Fahmi Reza Dapat Notis 'Dihalau' Dari Sabah - "Tak Dibenarkan Masuk Atas Arahan Jabatan Ketua Menteri"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...