Selepas Diasak, TM Kekalkan Harga Pakej Unifi 100 Mbps Pada RM129

Teknologi

Selepas Diasak, TM Kekalkan Harga Pakej Unifi 100 Mbps Pada RM129

Sebelum ini, Telekom Malaysia (TM) ada mengumumkan tentang harga pakej Unifi 100 Mbps iaitu RM129 sebulan dengan kontrak 24 bulan atau 2 tahun. Langkah ini membolehkan pengguna menikmati pelan jalur-lebar berkelajuan tinggi berkenaan pada harga kompetitif.

Tetapi baru-baru, TM mengemaskini halaman FAQ mereka, dan turut menyatakan yang mana harga langganan pakej ini akan berubah menjadi RM159 sebulan selepas tempoh 24 bulan berkenaan.

Advertisement

Perkara ini sememangnya menimbulkan rasa tidak puas hati dengan harga selepas kontrak 2 tahun itu terutamanya pelanggan sedia ada. Akan tetapi, sekiranya pengguna sedia ada tidak setuju dengan harga langganan baru ini, anda boleh sahaja membatalkan langganan selepas tempoh kontrak 24 bulan berakhir.

Ekoran desakan pengguna pakej itu yang tidak berpuas hati dan perkara ini mejadi tular di media sosial, Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo telah pun mengarahkan SKMM untuk menghubungi pihak TM berhubung perkara ini. Satu laporan khas mengenainya dijangka akan dihantar pada minggu hadapan.

Terkini, Telekom Malaysia melalui saluran rasmi mereka mengumumkan yang mana mereka akan mengekalkan harga pakej bulanan untuk pelan 100Mbps kepada RM129 pasca kontrak 24-bulan.

TM mengambil langkah pro-aktif dan mengumumkan akan mengekalkan harga seperti biasa, dan memohon maaf untuk informasi yang mengelirukan pada laman mereka.

Tetapi sehingga kini, mereka masih berdiam diri berkenaan harga penawaran untuk pakej Streamyx. TM sebelum ini telah memperkenalkan beberapa pelan baharu dengan harga yang lebih berbaloi kepada pelanggan mereka. Ini dibuat sempena menyahut seruan pihak kerajaan(SKMM) untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan yang lebih tinggi pada harga yang lebih murah.

Sumber: Amanz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...