Terkenangkan pemergian bapanya pelakon popular di era 80-an iaitu Allahyarham Azmin Mustapha yang meninggal dunia dua tahun lalu, pelakon baharu Alya Iman zahir rasa sedih.
Menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram, Alya mengakui kehilangan itu seakan memberi impak yang mendalam terhadapnya.
Malah, dedahnya lagi, beliau seperti hilang arah kerana selama 17 tahun beliau hidup bersama bapanya dan insan itu juga merupakan antara individu terdekat yang berada di sisinya melalui kesusahan bersama.
“Saya kehilangan kekuatan saya pada dua tahun lalu, dia satu satunya penyebab saya jalani hidup setiap hari. 17 tahun yang luar biasa hidup bersama dia melalui semua pencapaian dan kesusahan saya. Bagi saya kehidupan hanya bekerja keras untuk dia dan menyediakan apa yang saya mampu. Tapi selepas dia meninggalkan kita, saya tidak tahu apa sebenarnya kehidupan sehingga hari ini.”
Dalam pada itu, pelakon yang pernah dihimpit kontroversi merampas suami orang itu juga khabarnya tetap berpegang pada pesanan bapanya yang mengajarnya agar sentiasa meletakkan kepercayaan kepada Allah.
“Dia mengajar saya bahawa Allah akan sentiasa ada untuk anda melalui semuanya kalau anda setiasa percaya kepada-Nya. Hari Ini sepatutnya usia dia sudah mencecah 67 tahun kalau dia masih hidup, saya terlalu rindukannya.”
Terdahulu, nama Alya mula menjadi bualan hangat netizen apabila beliau khabarnya menjadi punca rumah tangga seorang usahawan hampir musnah gara-gara mempunyai hubungan sulit dengan lelaki berstatus suami orang.
Sumber: mStar