Selepas Bertanya Beberapa Soalan, Gadis Ini Di Islamkan Oleh Dr. Zakir Naik Di Kemaman. Alhamdulillah!

Trending

Selepas Bertanya Beberapa Soalan, Gadis Ini Di Islamkan Oleh Dr. Zakir Naik Di Kemaman. Alhamdulillah!
12311bee-b6ed-4260-b232-37249ba43d96-1024x682

foto : http://terengganutimes.com/

Ceramah Dr. Zakir Naik di Kemaman merakamkan satu detik indah apabila seorang remaja Kristian berumur 19 tahun, Nina Grace, memilih untuk memeluk Islam apabila dipelawa oleh Dr. Zakir Naik selepas pelajar terbabit bertanyakan soalan.
Menurut pelajar terbabit, dia telah kerap membaca surah Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat Kursi.

Pelajar berkenaan kemudian bertanya adakah dia tidak menghormati Islam dengan berbuat sedemikian?

Advertisement

Dr. Zakir Naik terus menjawab : Tidak.

Dr. Zakir Naik kemudiannya bertanya kepada pelajar tersebut beberapa soalan sebelum mengajaknya mengucap dua kalimah Syahadah.

Dr. Zakir : “Adakah kamu percaya hanya ada satu Tuhan?”

Grace : “Ya”

Dr. Zakir : “Adakah kamu percaya Jesus itu Tuhan?”

Grace : “Tidak”

Dr. Zakir : “MasyaAllah.. Adakah kamu percaya Nabi Muhammad pesuruh Allah?”

Grace : “Ya”.

Selepas beberapa siri soalan dan penjelasan lagi, gadis tersebut bersetuju untuk mengikut Dr. Zakir mengucap dua kalimah Syahadah.

Setelah selesai detik yang amat bermakna itu, kedengaran tepukan dari orang ramai.

4d2f23da-889a-4bc9-94d6-dd349c225849-1024x682

edefc071-cbf3-467e-b7cc-6ade003736c3-1024x682

**Skip kepada 18:20 untuk menyaksikan detik itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...