Selepas Bertahun Menanti, Badan Penerbangan PBB Akhirnya Isytihar Rusia Punca MH17 Ditembak Jatuh

Berita

Selepas Bertahun Menanti, Badan Penerbangan PBB Akhirnya Isytihar Rusia Punca MH17 Ditembak Jatuh

Majlis penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab atas insiden tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17 di ruang udara Ukraine.

Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu telah mengorbankan 298 nyawa, termasuk 196 warga Belanda dan 38 warga atau penduduk Australia.

Advertisement

rangka mh17

Menurut laporan Bernama, kerajaan Belanda dan Australia memaklumkan bahawa Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) akan berbincang dalam masa terdekat mengenai bentuk pampasan yang sesuai kepada waris mangsa.

Pesawat MH17 ketika itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, namun ditembak jatuh ketika pertempuran antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine di timur Ukraine.

Pada November 2022, mahkamah Belanda telah mensabitkan tiga individu iaitu dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine atas kesalahan membunuh, walaupun mereka ‘in absentia’, kerana peranan mereka dalam insiden tersebut.

Menteri Luar Belanda, Caspar Veldkamp menyifatkan keputusan ini sebagai langkah penting untuk mendapatkan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab terhadap mangsa dan keluarga mereka.

gavel

gambar hiasan

Keputusan ini juga menghantar mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa: sesebuah negara tidak boleh melanggar undang-undang antarabangsa tanpa dikenakan tindakan.

Tambahnya lagi, Belanda dan Australia mahu Majlis ICAO mengarahkan Rusia supaya memulakan rundingan mengenai pampasan.

Menteri Luar Australia, Penny Wong pula berkata bahawa pihaknya mengalu-alukan keputusan itu dan menggesa ICAO bertindak segera dalam menentukan bentuk pampasan yang sesuai.

Kami menggesa Rusia supaya akhirnya mengakui tanggungjawab terhadap tindakan keganasan yang dasyat ini dan membayar pampasan atas salah laku berat yang dilakukan seperti yang dituntut di bawah undang-undang antarabangsa.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

teori MH370 oleh Ismail Hammad pakar penerbangan
1 month ago

Pakar Penerbangan Cetus Teori Apa Yang Berlaku Pada MH370, Sifatkan Kejadian Itu ‘Jenayah Sempurna’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Bernama

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...