Selepas Berikan KFC Percuma, Yang Dipertuan Agong Berkenan Berikan McDonald’s Pula Kepada Pengamal Media

Trending

Selepas Berikan KFC Percuma, Yang Dipertuan Agong Berkenan Berikan McDonald’s Pula Kepada Pengamal Media

Dalam kekalutan situasi politik yang berlaku di Malaysia, pengamal media khususnya bertungkus lumus mendapatkan liputan bagi memberikan informasi kepada rakyat. Semalam, beberapa pengamal media berkampung di hadapan istana negara bagi mendapatkan maklumat terkini di sana.

Demi menghargai usaha keras diberikan pihak media, Yang Dipertuan Agong telah berkenan untuk memberikan berkotak-kotak KFC kepada pihak media dengan bantuan pihak istana. Usaha murni pihak istana ini ternyata memberikan kelegaan kepada pihak media yang menahan lapar sejak pagi.

Advertisement

Baca: Lapar Buat Liputan Perkembangan Politik, Istana Negara Beri KFC Kepada Pengamal Media

Hari ini, sekali lagi Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dilihat turun padang bertemu pengamal media yang berkumpul di hadapan istana negara. Tidak hanya sesi beramah mesra semata-mata, baginda turut berkenan memberikan McDonald’s untuk diagihkan kepada pengamal media.

yang dipertuan agong

yang dipertuan agong

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong beramah mesra dan menyantuni pengamal media apabila Baginda sendiri berkenan mengedarkan makanan kepada pengamal media yang bertugas di pintu 2 Istana Negara.

Dititah menghadap Agong

yang dipertuan agong

Perkembangan terkini situasi politik di Malaysia, buat pertama kalinya dalam sejarah politik tanah air apabila kesemua Ahli Parlimen kecuali Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dititah untuk menghadap Yang Dipertuan Agong.

Seramai 221 Ahli Parlimen itu akan berkongsikan siapakah calon Perdana Menteri pilihan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong dalam sesi temubual secara peribadi. Dua sesi temu bual akan dilakukan iaitu pada jam 2.30 petang hari ini dan disambung pada hari esok.

Setiap Ahli Parlimen akan ditemu bual selama dua ke tiga minit di dalam kumpulan seramai 90 orang itu. Sesi temu bual yang akan dijalankan di Istana Negara ini akan turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali. Semua Ahli Parlimen juga akan dipanggil serentak tanpa perlu mengikut parti politik masing-masing.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...