January 12th, 2015

Terharu Abang Nara membaca kata-kata Hanez Suraya yang mengakui hidupnya kini lebih tenang selepas bergelar tunang kepada Romie. Iyerlah, selama ini bolehlah dikatakan hidup Hanez kucar-kacir. Kena kutuk, kena kritik, kerja lakonan pun tak ada, putus cinta dan macam-macam lagilah. Kalau Abang Nara jadi Hanez, memang tak senang duduk dibuatnya. Abang Nara yakin Hanez pasti akan lebih tenang dan gembira apabila sah bergelar isteri kepada Romie nanti.

hanez suraya

Setiap benda yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun hubungan Hanez dengan Romie pernah putus seketika, namun ternyata memang sudah tertulis jodoh antara mereka berdua. Kata Hanez:-

Alhamdulillah, sekarang saya rasa lebih tenang berbanding sebelum ini. Lebih-lebih lagi apabila sudah bertunang, ikatan kami akan menuju ke alam perkahwinan dan ia satu petanda yang baik.

Selepas apa yang berlaku, dia berasa lebih bertanggungjawab terhadap saya. Jika sebelum ini dia masih mempunyai komitmen dan terikat, tetapi kini selepas berpisah dengan isterinya, dia lebih bersedia bersama saya.

Saya tak nak fikir lagi perkara yang dah lepas. Sekarang saya perlu menjaga hati banyak pihak. Terutamanya keluarga tunang saya.

Walaupun mereka sangat memahami tetapi saya tidak mahu menambah apa yang pernah berlaku. Bagi saya biarlah tahun ini menjadi permulaan kepada kehidupan yang lebih baik untuk saya, Romie dan keluarga kami

hanez surayaSemoga persiapan untuk majlis perkahwinan Hanez Suraya dan Romie berjalan lancar. Tak sabar nak tengok Hanez Suraya di atas pelamin. Pasti cantik berseri-seri. Abang Nara yakin ramai yang nak tengok pasangan merpati sejoli ini. Sama-samalah kita nantikan. Sumber Sinar Harian.


Comments are closed.

Loading...