“Selepas Berfikir Panjang, Solat Istikharah..” – Dr Sheikh Muszaphar Dedah Anak Sambung Belajar Di Genius Permata Pintar

Kehidupan

“Selepas Berfikir Panjang, Solat Istikharah..” – Dr Sheikh Muszaphar Dedah Anak Sambung Belajar Di Genius Permata Pintar

Baru-baru ini, berita mengenai anak sulung Dr Sheikh Muszaphar iaitu Bella mendapat tiga tawaran melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah secara serentak telah tular di setiap platform media sosial.

Sekolah mana yang dipilih oleh Bella?

Terbaru, melalui laman Instagram Sheikh Muszaphar, dia ada memuat naik keratan artikel yang memaparkan headline mengenai berita tawaran sekolah anaknya itu.

Advertisement

Dalam pada itu, angkawasan pertama negara itu juga ada mendedahkan dalam hantaran tersebut sekolah yang dipilih oleh Bella untuk melanjutkan pelajaran.

Berpendapat sekolah bagus ada pelbagai ciri-ciri

Dalam pada masa yang sama, Dr Sheikh Muszaphar sempat berkongsikan pendapat bahawa sekolah yang bagus mempunyai pelbagai ciri-ciri dan antaranya, guru, fasiliti, persekitaran, kepimpinan, program yang ditawarkan dan banyak lagi.

Malah, dia merasakan banyak saja sekolah yang hebat lain dan masing-masing ada kelebihan sendiri selain mempunyai prestasi kecemerlangan serta sejarah yang terbukti.

Sekolah yang dipilih adalah..

Sekolah yang dipilih oleh Bella untuk melanjutkan pelajaran ada Genius Permata Pintar, dimana Sheikh Muszaphar merasakan ia boleh menguji cara pemikiran anaknya selain bergaul dengan rakan-rakan yang pintar.

Kata Sheikh Muszaphar, memilih sekolah yang tepat merupakan satu faktor penting tetapi berharap agar ia merupakan pilihan terbaik buat Bella.

dr sheikh muszaphar
2 months ago

"TKC, Permata Pintar & KYS. The Hard Work Paid Off" - Anak Sulung Ditawar 3 Sekolah Serentak, Dr Sheikh Muszaphar Kini Dalam Dilema

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...